SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Yang Memperbaharui Kulit Lebih Efisien
Lina Rosli
Setiap malam ketika tubuh berehat, kulit secara semulajadi memasuki fasa pembaikan dan pembaharuan. Pada waktu inilah peredaran darah meningkat bagi menghantar oksigen serta nutrien penting untuk memulihkan kesan tekanan harian seperti pendedahan cahaya UV, pencemaran dan faktor persekitaran.
Namun, seiring peningkatan usia, proses ini menjadi semakin perlahan, sekali gus menyumbang kepada masalah kulit seperti tona tidak sekata, kulit kusam, liang pori tersumbat dan tekstur yang kasar.
Menyedari keperluan ini, SKINMADE memperkenalkan SKINMADE Star Retinal Super Skin Renewal Night Serum, sebuah serum malam yang dirumus berasaskan sains bagi menyokong pembaharuan kulit dengan lebih berkesan dan selamat.

Dalam dunia penjagaan kulit, retinoid yang merupakan derivatif Vitamin A telah lama diiktiraf sebagai bahan utama dalam membantu pembaharuan kulit.
Antara yang sering digunakan ialah retinol, retinal (Retinaldehyde) dan asid retinoik.
Retinol memerlukan beberapa peringkat penukaran sebelum menjadi aktif, manakala asid retinoik pula bertindak secara langsung tetapi hanya boleh diperoleh melalui preskripsi kerana risiko iritasi yang tinggi.
Retinal berada di antara kedua-duanya, hanya memerlukan satu langkah penukaran untuk menjadi aktif, sekaligus memberikan hasil yang lebih pantas dengan toleransi kulit yang lebih baik apabila diformulasikan dengan betul.
Bagi memastikan keberkesanan tanpa mengorbankan keselesaan kulit, SKINMADE menggunakan teknologi enkapsulasi pelepasan pintar.
Teknologi ini direka untuk melepaskan retinal secara berperingkat dan terkawal, sekaligus membantu mengurangkan risiko kemerahan, kekeringan dan iritasi. Pada masa yang sama, ia meningkatkan kestabilan serta penyerapan bahan aktif, membolehkan penggunaan yang lebih konsisten dalam rutin malam.
SKINMADE Star Retinal bukan sekadar serum retinal biasa, malah berfungsi sebagai sistem pembaharuan kulit pelbagai fungsi yang menyokong tiga aspek utama kulit.

Untuk pembaharuan, ia diperkaya dengan vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan serta membantu mengurangkan keradangan, di samping X50 NeoSyno-Col, sejenis peptida pintar yang menyokong ketegangan dan tekstur kulit. Bagi mengembalikan tenaga kulit, RejuveNAD membantu memberikan penampilan kulit yang lebih segar dan menyokong vitaliti jangka panjang.
Dari segi pemulihan pula, formula ini mengandungi faktor pertumbuhan bagi menyokong pembaikan kulit, Nano-Astaxanthin dan Sea Buckthorn Oil untuk perlindungan antioksidan, serta Natural Moisturising Factors (NMF) yang membantu mengekalkan hidrasi mendalam agar kulit kekal licin dan anjal.
Serum ini dibotolkan menggunakan pam tanpa udara dan dilindungi daripada cahaya bagi mengelakkan pengoksidaan – dan turut memastikan keberkesanan produk kekal sehingga ke titisan terakhir.

Apa yang membezakan SKINMADE Star Retinal ialah ia ditawarkan dalam tiga tahap kepekatan berbeza, membolehkan pengguna memilih mengikut keperluan dan tahap toleransi kulit.
R-5 sesuai untuk pemula atau individu berkulit sensitif yang baru ingin memulakan penggunaan retinal.
A-15 pula dirumus untuk pengguna pertengahan yang mahukan penambahbaikan kulit yang lebih ketara, manakala E-20 direka khas untuk pengguna berpengalaman yang menginginkan pembaharuan kulit intensif pada waktu malam.

Bagi mendapatkan hasil yang optimum, SKINMADE menyarankan penggunaan serum ini pada waktu malam sahaja serta mengamalkan penggunaan pelindung matahari spektrum luas pada waktu siang.
Pengguna juga digalakkan untuk mengelakkan penggunaan bahan pengelupasan yang kuat pada malam yang sama, memulakan penggunaan secara berperingkat, dan memilih kepekatan rendah sebelum meningkatkan tahap penggunaan.
SKINMADE Star Retinal Super Skin Renewal Night Serum kini boleh didapati dalam tiga pilihan harga iaitu R-5 pada harga RM276, A-15 pada RM306 dan E-20 pada RM316.
Produk ini tersedia melalui kedai rasmi SKINMADE di TikTok Shop, Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di www.myskinmade.com.