Shell Malaysia Raikan Ulang Tahun Ke-135 Dengan Tawaran Hadiah Bernilai RM1.35 Juta Untuk Dimenangi

February 9, 2026
syarikat

Lina Rosli

Shell Malaysia meraikan ulang tahun ke-135 dengan memperkukuh komitmen untuk terus menghargai rakyat Malaysia menerusi kempen ‘Mencetus Potensi Sejati’, yang menampilkan pelbagai tawaran serta ganjaran bernilai untuk pelanggan.

Sempena detik bersejarah ini, Shell turut mengumumkan peraduan peringkat nasional dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM1.35 juta, yang direka untuk memperkayakan pengalaman perjalanan harian pengguna di seluruh negara.

Sebagai salah satu jenama tenaga terkemuka di Malaysia, Shell Malaysia kini dikenali sebagai penyedia penyelesaian mobiliti yang menyeluruh.

Selain menawarkan bahan api berkualiti tinggi, Shell juga memperkenalkan pelbagai inovasi yang menyokong keperluan pemandu moden. Antaranya, Shell FuelSave membantu pemandu memaksimumkan jarak perjalanan dengan setiap isian bahan api, manakala Shell V-Power menawarkan prestasi bertaraf perlumbaan hasil kerjasama teknologi jangka panjang bersama pasukan Scuderia Ferrari HP.

Seiring dengan peralihan ke arah mobiliti lestari, Shell turut memperluaskan rangkaian pengecas kenderaan elektrik menerusi Shell Recharge bagi menyokong komuniti EV yang semakin berkembang di Malaysia.

Selain itu, pelincir Shell terus menjadi pilihan jutaan pengguna di seluruh dunia dan telah diiktiraf sebagai Pembekal Pelincir Global No.1 dunia selama 19 tahun berturut-turut, sekali gus mencerminkan kepercayaan terhadap kualiti dan inovasi jenama ini.

Di stesen perkhidmatannya, Shell Malaysia juga terus meningkatkan pengalaman pelanggan melalui Shell Select dan Shell Café, yang menawarkan pelbagai pilihan makanan, minuman serta keperluan harian. Pelanggan boleh menikmati kopi bergaya barista, pastri segar dan pelbagai produk mudah beli yang direka untuk memenuhi gaya hidup pengguna yang sentiasa bergerak.

Sempena ulang tahun ke-135 ini, Shell Select memperkenalkan rangkaian tawaran nilai terbaik baharu di seluruh rangkaiannya, merangkumi keperluan harian dan makanan sedia dimakan. Inisiatif ini diperkukuh menerusi kempen ‘Shell Select Ganjaran water2go Berjuta’, yang menawarkan pengalaman “buka & menang” kepada pelanggan.

Peraduan ini berlangsung dari 16 Mac hingga 10 Mei 2026, dengan hadiah utama bernilai RM135,000, hadiah saguhati sehingga RM13,500, serta pelbagai ganjaran eksklusif lain.

Pemenang akan dipilih secara mingguan dan bulanan sepanjang tempoh kempen, sekaligus memberikan lebih banyak peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah dengan setiap pembelian botol Water2Go di Shell Select.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd