NakNak Hadir Dengan Siri Thai Basil Pow! – Edisi Terhad Sempena Musim Perayaan

February 9, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Tatkala rakyat Malaysia meraikan pelbagai musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Hari Raya, NakNak tampil menambah kemeriahan di meja makan dengan pelancaran siri menu baharu Thai Basil Pow! edisi terhad.

Menurut NakNak, hidangan ini direka untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan, serta sesuai dinikmati sebagai hidangan harian.

Untuk siri ini, NakNak hadir dengan hidangan yang diinspirasikan daripada aroma selasih Thai yang harum dan menyelerakan – sama seperti hidangan ikonik Thai iaitu, Pad Krapow, iaitu tumisan selasih Thai yang terkenal dengan rasa pedas, aromatik dan berperisa.

Apa yang menarik juga, NakNak turut menampilkan ayam cincang bersama sos mayo selasih Thai yang harum, disajikan dalam empat pilihan hidangan menarik yang sesuai untuk pelbagai cita rasa.

Tumpuan utama menu edisi terhad ini ialah Original Nak Dak Basil Pow!, yang menampilkan ayam tanpa tulang rangup ala Korea kegemaran ramai, disaluti dengan sos mayo selasih Thai yang aromatik serta ayam cincang berperisa.

Gabungan tekstur rangup, berkrim dan rasa umami ini menawarkan pengalaman rasa yang seimbang dan memuaskan. Bagi yang berminat, hidangan ini ditawarkan pada harga bermula RM18.90.

Untuk pencinta burger pula, Basil Pow! Nak Dak Burger hadir dengan ayam yang berjus dan rangup, digandingkan bersama daun salad segar dan bawang merah, kemudian disiram sos mayo selasih Thai dan dihidangkan dalam roti lembut bermentega. Bagi yang berminat, burger ini turut ditawarkan pada harga bermula RM18.90 dan sesuai dinikmati sebagai hidangan mengenyangkan ketika perayaan atau santapan pantas.

Bagi hidangan yang sesuai dikongsi, Loaded Basil Pow! Chicken Fries menampilkan kentang goreng potongan lurus NakNak yang ditaburi ayam cincang berperisa serta sos mayo selasih Thai – menu ini ditawarkan pada harga bermula RM14.90.

Selain itu, Basil Pow! Chicken Rice turut diperkenalkan, menampilkan nasi kukus beras pendek Korea bersama ayam cincang berperisa pada harga bermula RM5.90, sesuai sebagai pelengkap hidangan.

Sekiranya anda ingin mencuba, menu Thai Basil Pow! ini ditawarkan untuk tempoh terhad di semua cawangan NakNak di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, pelanggan boleh mengikuti NakNak melalui laman web rasmi dan akaun Instagram mereka

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd