IZIPIZI Bawa Koleksi Spring/Summer 2026 Crossroads Ke Malaysia

February 11, 2026
Fesyen

Lina Rosli

IZIPIZI memperkenalkan koleksi Spring/Summer 2026 Crossroads di Malaysia, menampilkan rekaan yang ringkas, moden dan praktikal untuk gaya hidup aktif.

Koleksi ini diinspirasikan daripada konsep perjalanan dan pertemuan, di mana setiap perjalanan membawa cerita, pengalaman dan persimpangan baharu yang membentuk perspektif seseorang.

Konsep Crossroads menekankan idea “life in motion”, dengan setiap rekaan mencerminkan keseimbangan antara fungsi dan gaya. Ia direka untuk menemani pengguna dalam rutin harian, perjalanan jauh, percutian santai serta aktiviti luar, selari dengan gaya hidup masyarakat Malaysia yang sentiasa bergerak.

Antara fokus utama koleksi ini adalah siluet baharu IZIPIZI #ROAD – yang menampilkan bingkai segi empat bersaiz besar dengan garis rekaan yang bersih dan tegas.

Rekaan ini memberi sentuhan kontemporari yang sesuai untuk pemakaian harian, sama ada di bandar atau ketika melancong. Menariknya, bentuk ini turut ditawarkan dalam saiz junior, mencerminkan konsep perjalanan yang dikongsi merentas generasi.

Dari segi warna, koleksi Crossroads hadir dengan palet yang diinspirasikan oleh landskap perjalanan.

Turquoise Stone diinspirasikan oleh kilauan batu separa berharga, Golden Canyon menampilkan rona hangat seperti landskap gurun yang disinari matahari, manakala Black Road memberi kedalaman tona gelap yang diinspirasikan oleh permukaan jalan berturap.

Corak Wild Hooves dan Green Fields pula menambah elemen semula jadi dan lembut. Koleksi ini turut dilengkapi aksesori Turquoise Blue Pearl Cord berharga RM89.90, yang berfungsi sebagai tali cermin mata ringan dengan sentuhan estetik seperti perhiasan musim panas.

Untuk pengetahuan anda, produk IZIPIZI ini direka untuk semua peringkat usia, koleksi Crossroads merangkumi kategori Reading, Sun, Junior Sun dan Kids, menjadikannya pilihan lengkap untuk seisi keluarga.

Siri Reading ditawarkan pada harga RM229 dengan diopter dari +1 hingga +3, sesuai untuk kegunaan kerja, perjalanan dan masa santai.

Siri Sun pula bermula dari RM299, dilengkapi lensa Category 2 dan Category 3, termasuk pilihan polarised berharga RM329 yang direka untuk keselesaan visual di bawah cahaya matahari terang, sesuai dengan cuaca tropika Malaysia.

Dengan gabungan rekaan moden dan fungsi praktikal, Crossroads mencerminkan pendekatan jenama terhadap cermin mata sebagai aksesori gaya hidup yang mudah dipadankan dengan pelbagai gaya dan suasana.

Koleksi Spring/Summer 2026 Crossroads kini boleh didapati di kiosk IZIPIZI di Pavilion Kuala Lumpur (Aras 5, Lot P52) serta di SEIBU TRX (Aras 2, dalam ANTE Shop), dengan harga bermula dari RM89.90.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd