Buffet Ramadan 2026 Heritage Valley KL x Lomak Salai Tampin Ditawarkan Pada Harga RM88 Seorang

February 12, 2026
Famili

Bat

Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan buat umat Islam. Bersempena dengan itu, Heritage Valley Kuala Lumpur buat julung kalinya memperkenalkan Bufet Ramadan berkonsepkan suasana kampung, hasil kolaborasi istimewa bersama Lomak Salai Tampin, restoran popular yang terkenal dengan sajian autentik Negeri Sembilan.

Menjadi tarikan utama adalah hidangan masak lemak Negeri Sembilan yang kaya dengan cita rasa asli, antaranya Daging Salai Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak. Aroma salai yang harum menyatu dengan kuah santan berlemak dan pedas, manakala tekstur unik siput sedut memberikan pengalaman menikmati juadah tradisional yang lebih istimewa.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai juadah tradisional seperti ayam kampung, sate, serta aneka kuih-muih kampung. Tidak ketinggalan, pilihan antarabangsa turut disediakan termasuk aneka pasta Itali, soto Betawi dan bakso Indonesia, serta hidangan Barat seperti chicken grill dan chicken chop – menjadikan bufet ini sesuai untuk seisi keluarga dengan selera yang berbeza.

Bufet Ramadan ini bakal berlangsung dari 20 Februari hingga 18 Mac 2026, bertempat di Heritage Valley KL, dan beroperasi setiap hari dari 6.00 petang hingga 10.00 malam.

Dari segi harga, ia ditawarkan pada RM88 bagi dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak, dengan kapasiti ruang yang mampu menampung sehingga 300 orang dalam satu masa.

Bagi menambah keselesaan pengunjung, Heritage Valley turut menyediakan ruang solat yang luas, kawasan parkir percuma, serta persekitaran berbuka yang selesa dan mesra keluarga.

Taambahan lagi, sepanjang Ramadan, Ramadhan Night Market juga akan diadakan pada setiap hujung minggu, menampilkan gerai makanan tradisional serta persembahan muzik busking yang menghidupkan suasana bazar Ramadan di tengah kota.

Menjelang Syawal pula, suasana akan terus dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Bazaar Raya Poernama Lebaran oleh Poernama Fest, program kacau dodol, aktiviti menganyam ketupat serta elemen dekorasi kampung yang membangkitkan nostalgia. Kesemua inisiatif ini bertujuan menghidupkan kembali semangat Ramadan dan Aidilfitri yang penuh dengan nilai kekeluargaan dan warisan budaya.

Untuk tempahan bufet Ramadan dan maklumat lanjut, layari https://luxeacre.onpay.my/order/form/1 atau hubungi 018-7617688.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd