Tempahan Slot Iftar Di Suki-Ya Untuk Ramadan 2026 Kini Dibuka
Lina Rosli
Tahukah anda bahawa anda kini boleh mula pra-tempah tempat duduk untuk berbuka puasa pada Ramadan ini di Suki-Ya?
Menerusi laman web Umai, anda boleh memilih lokasi cawangan Suki-Ya yang anda ingin kunjungi dan mula tempah slot anda secara langsung – ini bagi tujuan tempat slot untuk iftar bermula 19 Februari hingga 20 Mac 2026.
Berdasarkan perkongsian di platform berkenaan, waktu tempahan slot yang tersedia adalah pada jam 6.30 petang dan juga 7.00 malam.


Untuk pengunjung yang telah membuat tempahan, Suki-Ya menyarankan anda untuk tiba lebih awal kerana waktu menunggu (holding time) untuk meja anda hanya terhad kepada 10 minit sahaja. Dan sekiranya anda lewat, meja tersebut akan dibuka kepada pelanggan lain.
Selain itu, pengunjung juga perlu memastikan tempahan dilakukan mengikut jumlah individu yang ingin dibawa termasuk kanak-kanak. Sekiranya, anda ingin menambah jumlah individu selepas membuat pesanan, anda perlu melakukan tempahan slot baharu dan membatalkan tempahan yang lama.

Setiap sesi makan diperuntukkan selama dua jam. Sekiranya mana-mana ahli kumpulan anda tiba lewat untuk menjamu selera, caj tambahan sebanyak RM5.00 akan dikenakan setiap orang untuk setiap 15 minit masa lanjutan.
Harus diingatkan juga, hanya satu (1) alamat e-mel dan satu (1) nombor telefon dibenarkan bagi setiap slot tempahan di semua cawangan. Jika sistem kami mengesan lebih daripada satu tempahan aktif menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang sama, tempahan tersebut boleh dibatalkan secara automatik tanpa sebarang notis terlebih dahulu.