Menu Ramadan Secret Recipe 2026 Tampilkan Nasi Arab Istimewa Chef Sid Murshid

February 19, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Secret Recipe pada tahun ini memperkenalkan menu istimewa Ramadan dan Raya 2026 hasil kolaborasi eksklusif bersama cef selebriti, Chef Sid Murshid. Menu edisi terhad ini direka untuk membawa pengalaman santapan yang lebih bermakna sempena bulan Ramadan dan musim perayaan.

Kolaborasi ini menampilkan hidangan utama Nasi Arab yang diinspirasikan daripada cita rasa Timur Tengah, dengan sentuhan peribadi Chef Sid Murshid yang disesuaikan dengan selera tempatan.

Hidangan ini menampilkan nasi berempah yang harum bersama pilihan protein ayam dan lamb shank yang diperap dan dimasak secara perlahan sehingga lembut serta berjus. Hidangan tersebut turut dihidangkan bersama Salata Hara, sos pedas berasaskan tomato dan cili segar, serta Raita berasaskan yogurt bagi melengkapkan profil rasa yang seimbang.

Menu utama ini ditawarkan dalam dua variasi iaitu Chef Sid’s Nasi Arab Chicken pada harga RM28.90 seorang atau RM52.50 untuk dua orang, serta Chef Sid’s Nasi Arab Lamb Shank pada harga RM59.80 seorang atau RM65.80 untuk dua orang.

Pelanggan juga boleh menambah hidangan sampingan seperti Salata Hara, nasi tambahan, Raita serta protein ayam dan lamb shank dengan harga berasingan.

Bagi melengkapkan pengalaman santapan, Secret Recipe turut menawarkan minuman bermusim seperti Golden Sweet Corn dan Bandung Soda Float, yang tersedia dengan harga promosi apabila dibeli bersama hidangan utama Nasi Arab. Minuman ini direka untuk memberikan sentuhan nostalgia dan kesegaran sepanjang bulan puasa.

Bagi yang berminat, menu Ramadan dan Raya ini akan mula ditawarkan pada 15 Februari di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia, kecuali AEON Mall Taiping dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, dengan tawaran khas untuk pelanggan yang menikmati hidangan secara dine-in.

Untuk pencuci mulut pula, Secret Recipe memperkenalkan Choco Pistachio Kunafa Brownies, gabungan brownie coklat fudgy, kunafa rangup dan krim pistachio yang berkrim. Hidangan ini ditawarkan dalam bentuk potongan individu dan juga kek penuh, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga atau sebagai hidangan jamuan perayaan.

Selain itu, bermula 2 Mac, pelanggan yang menjamu selera di restoran dan memenuhi jumlah perbelanjaan minimum akan menerima pek Sampul Raya edisi khas dengan ilustrasi bertema perayaan hasil rekaan artis tempatan.

Dengan gabungan hidangan Timur Tengah, minuman bermusim dan pencuci mulut eksklusif, Secret Recipe menyasarkan untuk mencipta pengalaman santapan yang menghangatkan suasana Ramadan dan Raya, serta menggalakkan pelanggan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd