Marriott Bonvoy Dan KHATAM Raikan Ramadan Dan Raya Dengan Kolaborasi Rekaan Eksklusif
Lina Rosli
Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, Marriott Bonvoy bersama-sama dengan KHATAM, sebuah jenama fesyen tempatan tanah air, telah hadir dengan satu kerjasama istimewa.
Pada tahun ini Marriott Bonvoy x KHATAM menampilkan kempen istimewa yang dikenali sebagai “A Memory Etched In Time“ – yang mana ia hadir dengan rekaan dan dekorasi yang menggabungkan fesyen kontemporari, seni kraf tradisional dan servis hospitaliti oleh beberapa hotel Marriott Bonvoy terpilih di Malaysia.

Untuk kerjasama ini,KHATAM membawa interpretasi moden terhadap rekaan warisan Melayu, manakala Marriott Bonvoy menyumbang pendekatan hospitaliti yang menghubungkan budaya dan orang ramai.
Bermula 18 Februari hingga 20 Mac 2026, kolaborasi ini akan berlangsung di hotel dan ruang makan terlibat di seluruh negara, menawarkan pengalaman bersantai dan santapan khas bagi tetamu serta ahli program kesetiaan.
Dari bufet Ramadan, hadiah edisi terhad, hingga ke keistimewaan lintas jenama, semua dirancang untuk memeriahkan musim perayaan dengan pengalaman bermakna dan penuh kenangan.

Samping Tampuk Kecepu Istimewa
Samping ini menampilkan motif Tampuk Kecepu yang diinspirasikan dari alam dan warisan Melayu. Motif ini melambangkan transformasi bunga menjadi buah, menandakan permulaan yang teratur dan penuh tujuan.
Garisan tegas menzahirkan keteguhan, manakala bunga halus melambangkan pertumbuhan dan pembaharuan. Dihasilkan dalam brocade berkilau lembut, samping ini mengimbangi struktur dan kelembutan, sesuai dipadankan bersama Baju Melayu.

Teknik Tanah Liat Pada Helaian Batik
Setiap helai batik direka sepenuhnya dengan tangan oleh tukang batik Kelantan menggunakan teknik clay batik.
Variasi halus pada motif dan tekstur menzahirkan keunikan tangan artisan, kesabaran dan warisan seni yang diteruskan turun-temurun. Batik ini bukan sekadar kain, tetapi ekspresi hidup terhadap warisan dan kreativiti yang menghubungkan masa lalu dan masa kini.

Bukan sekadar itu, kempen ini turut menampilkan siri Faces of Hospitality, menyorot kakitangan hotel Marriott Bonvoy yang memakai rekaan KHATAM, memberikan perspektif manusiawi terhadap peranan mereka sepanjang Ramadan dan menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia.
Siri ini akan dikongsi di platform digital kedua-dua jenama sepanjang musim perayaan.
Selain itu, kempen Breaking Fast in Style menawarkan keistimewaan lintas jenama untuk ahli KHATAM Loyalist menikmati diskaun sehingga 20% untuk bufet Ramadan di restoran Marriott Bonvoy terpilih, sementara ahli Marriott Bonvoy menerima 10% diskaun pada koleksi Raya KHATAM tertentu.

Sebagai sebahagian daripada kempen, ahli KHATAM Loyalist dan Marriott Bonvoy boleh mendapatkan kotak biskut Raya dan Sampul Raya edisi terhad, direka oleh artis tempatan Osman Akbar. Koleksi ini eksklusif dijual di Putrajaya Marriott Hotel, Aloft Kuala Lumpur Sentral dan The Westin Kuala Lumpur.