Easy Bake Pressed Huda Beauty Kini Lebih Praktikal Untuk Gaya Hidup Harian
Lina Rosli
Huda Beauty baru-baru ini telah hadir dengan sebuah inovasi baharu yang mana kini mereka hadir dengan bedak kompak dalam reka bentuk ala phone grip.
Menurut Huda Beauty, pengenalan reka bentuk Easy Bake Pressed baharu ini memudahkan para penggemar solekan terutamanya pengguna bedak kompak Huda Beauty untuk melakukan sentuhan semula di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Sama seperti bedak mereka yang sebelum ini, Easy Baked Pressed ini mengekalkan formula serbuk yang digemari ramai. Dengan ini, ia masih lagi berfungsi dalam mengaburkan pori, menghaluskan kulit serta mengawal kilauan – selepas beberapa jam.
Tambah Huda, dengan adanya produk ini, ia kini lebih mudah dibawa, sesuai untuk rutin harian – sekaligus menjadikan sesi mirror selfie anda lebih trendy.

Setakat ini, Easy Bake Pressed Phone Grip ini masih ditawarkan secara terhad di laman web rasmi Huda Beauty.
Dengan inovasi ini, Huda Beauty menunjukkan bahawa kecantikan bukan lagi sekadar ritual malam atau pagi, tetapi boleh menyatu dengan aktiviti harian – dari kerja, perjalanan, hingga detik santai bersama rakan, menjadikan setiap sentuhan semula lebih mudah dan menyeronokkan.