ZUS Coffee Memperkenalkan Minuman Bersaiz 800ml – ZUS BB Dijual Pada Harga Bermula RM16.90

February 19, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Untuk Ramadan tahun ini, ZUS Coffee kembali memperkenalkan ZUS BB (Botol Besar) dengan kapasiti 800ml sebagai pilihan minuman yang direka untuk dikongsi.

Menurut ZUS, pengenalan pilihan minuman ini adalah bertujuan untuk kegunaan harian. Botol ini diperbuat daripada bahan bebas BPA bagi memastikan keselamatan penggunaan berulang kali, manakala penutupnya dilengkapi fungsi pemegang telefon yang memudahkan pengguna menonton kandungan digital atau mengikuti resipi semasa menyediakan juadah berbuka.

Dari segi konsep pula, ZUS BB direka menyerupai “air balang” di bazar Ramadan – dan apa yang membezakannya adalah ia hadir dengan profil rasa yang premium.

Dari segi pilihan minuman, ZUS Coffee menawarkan variasi menu yang merangkumi kopi klasik dan minuman inovatif.

Antara pilihan kegemaran ramai termasuk:

  • BB Spanish Latté – RM24.90
  • BB Cafe Latté – RM21.90
  • BB Cafe Mocha – RM26.90
  • BB Americano – RM16.90

Bagi mereka yang gemar mencuba kombinasi baharu, pilihan seperti:

  • BB Grape Americano
  • BB Salted Caramel Spanish Latté – RM26.90
  • BB Chocolate Banana – RM24.90

Tidak hanya itu, ZUS Coffee turut dilihat bakal hadir dengan tiga lagi pilihan minuman iaitu BB Orange Pomelo Lemonade, BB Watermelon Berry Refresher dan BB Chocolate Berries bagi melengkapkan barisan minuman musim perayaan.

Pilihan ini memberi ruang kepada pengguna untuk menikmati minuman yang menyegarkan selain kopi, terutamanya bagi mereka yang mencari alternatif tanpa kafein semasa berpuasa.

Bagi yang berminat, ZUS BB ini telahpun ditawarkan di rangkaian kedai ZUS Coffee terpilih di seluruh negara pada harga bermula RM16.90 sebotol.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd