Tealive Melanjutkan Waktu Operasi Sempena Ramadan – Sehingga Jam 12 Malam

February 20, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Selepas daripada anda pulang menunaikan solat terawih, jangan lupa untuk singgah sebentar di cawangan Tealive berdekatan anda bagi mendapatkan satu cawan Tealive kegemaran anda.

Menarik bukan? Bersempena bulan Ramadan ini, waktu operasi Tealive di beberapa cawangan terpilih akan dilanjutkan sehingga jam 12.00 malam.

Bukan itu sahaja, Tealive turut mengemaskini waktu buka bagi kebanyakan cawangan mereka di seluruh Malaysia. Oleh itu, bagi memastikan kelancaran pesanan, pastikan anda menyemak dahulu waktu operasi Tealive yang baharu.

Selain di Selangor dan Kuala Lumpur, berikut adalah waktu operasi Tealive di negeri lain.

Harus diingatkan bahawa, waktu operasi yang baharu ini hanya tertakluk sehingga 20 Mac 2026 bagi kawasan sekitar Semenanjung Malaysia, manakala 7 Mac 2026 bagi kawasan Sabah dan Sarawak.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd