Waktu Operasi The Coffee Bean & Tea Leaf Dilanjutkan Sehingga Jam 2 Pagi Untuk Cawangan Terpilih – Sepanjang Ramadan

February 23, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Bulan Ramadan bukan sahaja tentang berbuka puasa, tetapi juga masa untuk berkumpul dan mengeratkan silaturahim selepas waktu Isyak dan solat Tarawih.

Bagi mereka yang gemar bersantai sambil menikmati kopi atau minuman kegemaran pada waktu malam, The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) kini melanjutkan waktu operasi mereka di sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Bermula 19 Februari hingga 20 Mac 2026, CB&TL melanjutkan waktu operasi di cawangan terpilih di seluruh Malaysia bagi memberi lebih fleksibiliti kepada pelanggan untuk berkumpul, berehat dan menikmati hidangan bersama.

Di Lembah Klang, beberapa cawangan popular termasuk Mont Kiara, Taipan USJ, Bangi Gateway Mall, Prima Sri Gombak dan Petronas Plumbum Seksyen 7 akan beroperasi sehingga jam 1.00 pagi.

Cawangan seperti Ampang Point, Bangi Avenue Drive-Thru dan Shell (arah Kepong) Drive-Thru pula dibuka sehingga jam 1.30 pagi, manakala Caltex Sungai Besi Drive-Thru dan Petron Rawang R&R Drive-Thru beroperasi sehingga jam 2.00 pagi.

Bagi wilayah selatan, Centrepoint Seremban Drive-Thru dan Seremban R&R Southbound akan dibuka sehingga jam 1.30 pagi, sementara Setia Tropika Drive-Thru dan Limbongan Melaka Drive-Thru beroperasi sehingga jam 2.00 pagi.

Di wilayah utara dan pantai timur, cawangan Tanjung Malim dan Karpal Singh Drive dibuka sehingga jam 12.30 pagi, manakala Troika Kota Bharu, Icon Residence Terengganu dan Kuantan Drive-Thru beroperasi sehingga jam 1.00 pagi.

Langkah melanjutkan waktu operasi ini dilihat sebagai usaha CBTL untuk memenuhi gaya hidup pelanggan sepanjang Ramadan, terutamanya mereka yang mencari lokasi santai untuk menikmati minuman kegemaran mereka selepas melaksanakan ibadah.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd