Tips Pemilihan Baju Raya Mengikut Bentuk Rupa Badan Oleh Tujuh Kuntom
Bat
Tidak lama lagi bulan Syawal bakal menjelang. Sudah pastinya ramai yang sudah mula mencari baju raya dan mungkin juga ada yang masih belum membuat pilihan.
Melihat kepada trend Raya 2026, kebanyakkan butik tampil dengan pelbagai rekaan baju raya termasuk kebaya moden, kebarung, kurung, dann pelbagai potongan kontemporari. Namun begitu, selain memilih rekaan yang cantik dan mengikut trend semasa, potongan serta ukuran pakaian memainkan peranan penting agar ia sesuai dengan bentuk tubuh dan menyerlahkan siluet yang lebih seimbang.
Bagi anda yang sedang mencari inspirasi, berikut merupakan tips pemilihan baju raya mengikut bentuk tubuh badan.

#1 Kurus & Tinggi
Bagi yang bertubuh kurus dan tinggi, potongan labuh seperti kebaya labuh atau kurung moden amat sesuai digayakan. Potongan ini membantu memberi ilusi tubuh yang lebih berisi dan seimbang.
Selain itu, rekaan bercorak atau mempunyai perincian seperti sulaman dan tekstur juga dapat menambahkan dimensi agar penampilan tidak kelihatan terlalu kosong.
Jika anda ingin tampil lebih bergaya, aksesori seperti selendang yang diletakkan pada bahu boleh membantu menambah dimensi yang lebih cantik kepada si pemakai.

#2 Berisi & Tinggi
Bagi yang bertubuh sedikit berisi dan tinggi, kebarung atau kurung moden berpotongan labuh yang sedikit kembang di bahagian bawah adalah pilihan tepat. Potongan ini membantu melembutkan siluet dan menyamarkan bahagian pinggul serta paha, sekali gus memberi penampilan yang lebih manis dan elegan.

#3 Petite (Badan Kecil)
Bagi yang bertubuh petite atau kecil, pilih baju raya dengan potongan yang tidak terlalu labuh. Kurung pendek atau potongan paras lutut boleh membantu mencipta ilusi kaki yang lebih panjang dan tubuh yang lebih tinggi. Garisan menegak atau potongan yang ringkas juga mampu memberikan efek siluet yang lebih ramping.

#4 Rendah & Perut Buncit
Bagi yang bertubuh rendah dan mempunyai bahagian perut yang sedikit menonjol pula, kebarung atau potongan A-line adalah pilihan sesuai. Bahagian bawah yang lebih lebar membantu menyamarkan bentuk perut dan pinggul, selain memberikan keselesaan sepanjang hari raya.
Bukan itu sahaja, anda juga disarankan untuk elak daripada menggunakan aksesori pada bahagian sekitar perut. Ini kerana aksesori yang menonjol pada bahagian perut akan turut memberi fokus pada bahagian yang ingin disorokkan.

#5 Bahu Bidang
Bagi yang mempunyai bahu bidang atau bahu yang luas, sebaiknya pilih baju raya dengan potongan bahu yang jatuh (drop shoulder) atau rekaan yang tidak terlalu berstruktur di bahagian atas. Ini bagi membantu melembutkan bentuk bahu dan mewujudkan keseimbangan keseluruhan tubuh.

#6 Bentuk Pir
Bagi yang berbentuk badan pir, di mana bahagian bawah lebih besar berbanding bahu, potongan A-line, peplum atau straight cut amat digalakkan.
Rekaan yang memberi fokus pada bahagian atas badan seperti perincian di bahu atau dada dapat membantu mengimbangi siluet agar kelihatan lebih proporsional.

Pemilihan baju raya yang tepat bukan sekadar mengikut trend, tetapi juga perlu disesuaikan dengan bentuk badan agar anda tampil lebih yakin, selesa dan menawan sepanjang Syawal.
Jadi, mana satu pilihan anda?