Koleksi Gincu Baharu Lancôme – Love On Tour L’Absolu Rouge Drama Matte Collection

February 26, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Pada bulan Februari ini, Lancôme telah memperkenalkan Love On Tour L’Absolu Rouge Drama Matte Collection – iaitu sebuah koleksi gincu edisi terhad yang meraikan cinta yang romantik.

Untuk pengeatahuan anda, ia merupakan gincu ikonik Lancôme yang menawarkan tekstur yang selesa dan tahan lama. Dan kini, ia tampil dalam pembungkusan edisi terhad yang diinspirasikan daripada konsep “love on tour”.

Apa yang membezakan gincu ini dengan yang biasa adalah ia disimpan dalam bekas mewah dengan penutup baldu lembut yang dihiasi simbol cinta, menjadikannya bukan sekadar produk kecantikan, tetapi juga aksesori pernyataan diri.

Koleksi ini menampilkan dua rona ekspresif daripada rangkaian ikonik L’Absolu Rouge Drama Matte, masing-masing menggambarkan sisi cinta yang berbeza:

  • Lancôme 296 Rouge Dramaphoria (RM185) – Rona merah dengan sedikit esen coklat yang melambangkan keberanian serta keyakinan diri.
  • Lancôme 375 Rose Discovery (RM185) – Rona merah jambu lembut yang memancarkan sisi romantik yang lebih halus dan elegan.

L’Absolu Rouge Drama Matte dirumus dengan Grand Rose Extracts yang menawarkan pigmen bertekstur halus serta ceramide untuk memberikan warna pekat dengan kemasan kusam baldu yang selesa.

Formula ini bukan sahaja menyerlahkan warna secara maksimum, malah membantu mengekalkan kelembapan bibir agar tidak terasa kering sepanjang hari.

Bagi yang berminat, Lancôme Limited Edition Love On Tour L’Absolu Rouge Drama Matte Collection ditawarkan pada harga RM185 dan boleh didapati secara eksklusif atas talian melalui laman rasmi Lancôme Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd