Ferrero Rocher Memperkenalkan Ferrero Rocher T24 Di Dalam Pek Istimewa Edisi Hari Raya Aidilfitri

February 26, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, tradisi kunjung-mengunjung dan pemberian buah tangan kembali menjadi antara momen paling dinanti.

Tahun ini, Ferrero Rocher memperkenalkan pilihan istimewa Ferrero Rocher T24 Edisi Hari Raya Aidilfitri bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan dengan sentuhan keemasan yang sinonim dengan jenama ini.

Sebagai pelengkap meja hidangan dan simbol penghargaan kepada insan tersayang, Ferrero Rocher terus mengekalkan ciri premium yang menjadi identitinya.

Setiap praline menggabungkan sebiji kacang hazel penuh yang dipanggang, inti berkrim yang lembut, salutan coklat susu yang halus serta cebisan hazel rangup di bahagian luar. Gabungan tekstur dan rasa ini memberikan pengalaman coklat yang mewah dalam setiap gigitan, sesuai dinikmati bersama keluarga mahupun tetamu.

Ferrero Rocher T24 hadir dalam kemasan rona emas elegan, menjadikannya pilihan klasik untuk dibawa ketika beraya atau dijadikan hadiah kepada sahabat handai dan ahli keluarga. Reka bentuknya yang eksklusif bukan sahaja menyerlahkan nilai premium, malah melambangkan tanda ingatan yang penuh makna dalam meraikan Aidilfitri.

Bagi tuan rumah yang ingin memeriahkan lagi suasana rumah terbuka, Ferrero Rocher T30 menawarkan kuantiti lebih banyak untuk dikongsi bersama. Kotaknya yang anggun turut menambahkan seri pada meja hidangan, menjadikannya bukan sekadar sajian pencuci mulut, tetapi juga elemen dekorasi yang melengkapkan suasana perayaan.

Aidilfitri adalah waktu untuk mengeratkan silaturahim dan mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Dengan pilihan Ferrero Rocher T24 dan T30, tradisi memberi dan berkongsi dapat diraikan dengan sentuhan keemasan yang melambangkan kasih sayang, kesyukuran dan keakraban sepanjang musim perayaan ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd