‘Fes-table of Berkat’ Bersama The Coffee Bean & Tea Leaf – Turut Bekerjasama Dengan brïk
Lina Rosli
Setiap kali Ramadan dan Syawal menjelang, meja makan menjadi ruang yang mengumpulkan keluarga dan sahabat handai untuk berkongsi cerita serta mengeratkan hubungan.
Mengambil semangat itu, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia (CBTL Malaysia) meneruskan kempen ‘Celebration of Fes-tables’ sepanjang tahun dengan memperkenalkan ‘Fes-table of Berkat’ sempena Ramadan dan Raya tahun ini.

Selepas edisi Tahun Baharu Cina, inisiatif ini diteruskan dengan fokus kepada nilai perkongsian dan kesyukuran yang menjadi teras bulan mulia.
Momen seperti berbuka puasa bersama, menikmati minuman selepas iftar atau singgah berehat di celah persiapan Raya diraikan dalam suasana yang selesa dan lebih bermakna di kafe CBTL Malaysia seluruh negara.
Antara tarikan utama musim ini ialah dua minuman Ice Blended edisi terhad yang diinspirasikan daripada cita rasa nostalgia – iaitu Matcha Hazelnut Ice Blended (dengan Kurma) dan Chocolate Banoffee Ice Blended.

Untuk Matcha Hazelnut Ice Blended, ia adalah berasaskan tumbuhan menampilkan gabungan matcha yang lembut, kemanisan semula jadi kurma serta sentuhan hazelnut yang berkrim. Ia sesuai dinikmati ketika berbuka atau sebagai minuman santai selepas tarawih.
Bagi yang menggemari rasa manis tanpa kopi, Chocolate Banoffee Ice Blended menggabungkan rasa pisang karamel dan coklat berkrim untuk pengalaman yang menyegarkan dan memuaskan.

Bukan itu sahaja, CBTL turut hadir dengan pilihan sajian berat seperti Nasi Lemak Burger, Ayam Percik Pizza dan Shrimp Cracker Salad memberikan sentuhan tempatan dalam format moden.
Untuk pencuci mulut, pelanggan boleh mencuba Walnut Kurma Cake, Mango Pulut Hitam Cake serta Pandan Coconut Cake for Two dengan Gula Melaka Crème Crown. Setiap hidangan dirangka bagi melengkapkan pengalaman berbuka dan kunjungan perayaan sepanjang kempen berlangsung.


Kolaborasi Bersama brïk Meraikan Warisan
Sebagai sebahagian daripada ‘Fes-table of Berkat’, CBTL Malaysia turut bekerjasama dengan jenama fesyen tempatan brïk untuk memperkenalkan koleksi Everbloom.
Kolaborasi ini menekankan nilai warisan, kesinambungan dan keindahan tradisi yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Koleksi CBTL x brïk menampilkan barangan edisi terhad yang tersedia di kafe terpilih, termasuk dua beg eksklusif iaitu ‘Seri’ dalam rona Matcha dan ‘Kasih’ dalam rona Hazelnut dengan sulaman flora berinspirasikan pusaka.
Turut diperkenalkan ialah The Pocket Bag dalam pilihan warna Chestnut Brown, Olive Green, Burgundy Rose dan Sweet Lilac.

Bermula 9 Mac, pelanggan yang berbelanja minimum RM49 dalam satu resit akan menerima Sampul Raya CBTL x brïk secara percuma bersama baucar eksklusif untuk kunjungan seterusnya.
Sepanjang kempen ini juga, minuman disajikan dalam cawan panas dan sarung cawan edisi terhad Ramadan CBTL x brïk yang menampilkan rekaan tampalan flora sebagai simbol penghargaan terhadap perincian tradisi.
Promosi Bermusim Dan Ganjaran Ahli
Bagi menyemarakkan lagi sambutan, beberapa promosi khas ditawarkan bermula 25 Februari.
Antaranya termasuk promosi tiga bagel pada harga RM33.90 serta dua botol Ready Brew Bandung Lychee pada harga RM38.
Pelanggan yang berkunjung selepas jam 5 petang pula boleh menikmati Ramadan Bundle Promo pada harga RM38 yang merangkumi satu hidangan terpilih, satu kek dan satu minuman. Harga adalah tertakluk kepada lokasi.

Ahli MyCBTL turut menikmati ganjaran eksklusif, termasuk penebusan 12oz Mocha Latte atau The Original Mocha Ice Blended dengan 1,300 bean points melalui katalog ebaucar aplikasi, selain tawaran harga istimewa RM9.90 untuk minuman terpilih pada hari Isnin hingga Rabu dalam tempoh promosi.
Mulai 21 Mac, pelanggan juga akan menerima pin “Eid Mubarak” percuma dengan perbelanjaan minimum RM49 dalam satu resit.