Volvo Menawarkan Rebat Sehingga RM60,000 Sempena Kempen Selamat Raya Pada 7 & 8 Mac Ini

March 3, 2026
Automotif

Lina Rosli

Musim perayaan ini, Volvo Car Malaysia mengajak orang ramai meraikan Aidilfitri dengan pengalaman pemanduan yang lebih selamat, selesa dan bernilai.

Menerusi kempen khas Selamat Raya with Volvo yang berlangsung pada 7 dan 8 Mac 2026, pelanggan berpeluang menikmati rebat tambahan eksklusif serta tawaran istimewa yang hanya ditawarkan sepanjang acara ini.

Bagi Volvo, perkataan “Selamat” bukan sekadar ucapan, sebaliknya satu janji. Setiap perjalanan, sama ada di jalan raya yang sibuk di bandar atau merentasi lebuh raya untuk pulang ke kampung halaman, seharusnya ditempuh dengan ketenangan fikiran dan penuh keyakinan.

Dengan penekanan terhadap keselamatan bertaraf dunia, keselesaan premium serta teknologi pintar, Volvo memastikan pengalaman balik kampung anda lebih bergaya dan bermakna.

Sepanjang tempoh jualan terhad ini, pelanggan boleh menaik taraf kepada barisan model “Selamat fleet” dengan ganjaran tukar beli sehingga RM60,000 – yang melibatkan semua rangkaian model Volvo.

Antara model yang ditawarkan termasuk:

  • Volvo EX30 (Rebat sehingga RM33,888) – SUV elektrik kompak ini menggabungkan prestasi bertenaga dengan teknologi Safe Space generasi baharu dalam rekaan Scandinavian yang moden dan sesuai untuk pemanduan bandar.
  • Volvo EC40 (Rebat sehingga RM40,888) – Crossover elektrik ini tampil dengan siluet fastback yang menawan serta pengalaman pemanduan sifar emisi.
  • Volvo XC60 (Rebat sehingga RM54,800) – Model terlaris Volvo sepanjang zaman ini menawarkan keselesaan premium, kecekapan hibrid yang dipertingkat serta sistem inforia Google yang terbina untuk sambungan pintar seisi keluarga.
  • Volvo XC90 (Rebat RM60,000 bagi model tahun 2024 & sehingga RM40,500 bagi XC90 baharu) – SUV tujuh tempat duduk mewah ini dikenali dengan struktur keselamatan kukuh, ruang baris ketiga yang luas dan rekaan elegan Sweden, menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan jauh bersama keluarga.
  • Volvo EX90 (Rebat sehingga RM30,000) – Model elektrik sepenuhnya ini merupakan SUV mercu Volvo yang dilengkapi komputer teras dan sistem sensor 360 darjah.

Mengenai Volvo ES90 lagi, model terbaharu yang kini tersedia untuk pandu uji dan tontonan di semua pengedar sah seluruh negara. Bagi yang berminat, model ini ditawarkan pada harga bermula RM339,888, ia hadir dengan insentif awal sebanyak 2% untuk pelanggan terawal, sah sehingga 31 Mac 2026.

Bagi pelanggan yang ingin menukar kenderaan sedia ada, Volvo turut bekerjasama dengan Carro sebagai rakan rasmi acara ini. Pasukan pakar Carro akan berada di lokasi untuk memberikan penilaian kenderaan secara telus, segera dan adil.

Inisiatif ini memudahkan proses tukar beli selain turut memberikan keyakinan penuh kepada pelanggan untuk beralih kepada Volvo baharu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram rasmi mereka.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd