POP Mart Melancarkan Kotak Misteri Angry Molly Plush – Koleksi Terbaharu Eksklusif Di Shopee
Lina Rosli
Sempena kempen 3.3 tahun ini, Shopee Malaysia bekerjasama dengan POP MART untuk melancarkan secara rasmi Angry Molly Plush Blind Box, koleksi terbaharu yang dijangka menjadi kegemaran peminat serta pengumpul blind box di Malaysia.
Menurut POP MART, Angry Molly tampil sebagai interpretasi baharu kepada karakter Molly yang terkenal di peringkat global — kali ini dengan ekspresi lebih berani, lebih ekspresif dan sarat dengan karakter tersendiri.

Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan koleksi baharu, malah diserikan dengan pelbagai tawaran istimewa sempena Jualan 3.3 Shopee.
Antaranya termasuk ganjaran eksklusif, hadiah misteri, insentif masa terhad serta kemudahan Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum yang pastinya memberi nilai tambah kepada peminat yang ingin mendapatkan koleksi ini.
Sebagai pembuka tirai, peminat boleh merebut tawaran pre-hype eksklusif di kedai rasmi POP MART di Shopee dengan menambah koleksi blind box ke troli lebih awal.

Kemeriahan turut memuncak tepat jam 12 tengah malam apabila pesanan yang dibuat pada waktu tersebut berpeluang dipilih secara rawak untuk menerima hadiah misteri istimewa.
Sepanjang tempoh kempen, pembeli juga boleh menikmati ganjaran pembelian yang lebih berbaloi menerusi tawaran seperti:
- Diskaun RM8 bagi pembelian minimum RM125
- Diskaun RM19 untuk pembelian minimum RM265
- Diskaun RM32 bagi pembelian minimum RM400
Siri popular Twinkle Twinkle juga kembali memeriahkan kempen dengan ganjaran khas. Pembeli yang berbelanja RM800 untuk item Twinkle Twinkle berpeluang menerima barangan eksklusif Twinkle Twinkle secara percuma. Seramai 20 pemenang akan dipilih setiap hari sehingga 3 Mac, menjadikan peluang ini sesuatu yang tidak wajar dilepaskan oleh pengumpul setia.
Dalam pada itu, menjelang kempen Jualan 3.3 Shopee juga, POP MART turut mengajak peminat menyertai cabaran #MollyOfYou di Instagram dengan berkongsi versi Molly pilihan masing-masing. Tiga pemenang akan diumumkan menerusi akaun rasmi @popmart_online_stores dan bakal membawa pulang Angry Molly Plush Pendant.