‘Raya dengan JOY!’ oleh Klook Menyantuni Perubahan Trend Perjalanan Perayaan Rakyat Malaysia

March 4, 2026
Edagang

Lina Rosli

Ketibaan Ramadan dan Syawal sentiasa sinonim dengan tradisi balik kampung serta momen kebersamaan bersama keluarga.

Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, corak perjalanan dan cara meraikan perayaan dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin berkembang.

Selain mengekalkan tradisi ziarah dan pertemuan keluarga, ramai kini memilih untuk menggabungkan sambutan perayaan dengan aktiviti santai yang lebih fleksibel, ringkas dan spontan.

Perubahan ini memperlihatkan bagaimana musim perayaan tidak lagi terhad kepada rutin tahunan semata-mata, sebaliknya menjadi peluang untuk mencipta pengalaman baharu bersama insan tersayang.

Daripada percutian hujung minggu yang singkat sehinggalah aktiviti malam selepas berbuka, rakyat Malaysia semakin terbuka untuk meneroka cara berbeza dalam mengisi masa berkualiti sepanjang Ramadan dan Syawal.

Seiring dengan trend tersebut, Klook memperkenalkan inisiatif “Raya dengan JOY!” yang berlangsung dari 13 Februari hingga 29 Mac 2026. Inisiatif ini dirangka sebagai platform berpusat yang memudahkan perancangan perjalanan dan aktiviti sepanjang musim perayaan.

Inisiatif ini menggabungkan elemen tradisi dengan keperluan perjalanan moden yang mana ia secara tidak langsung dapat membantu keluarga mengurus perbelanjaan perayaan dengan lebih teratur sambil menikmati pengalaman yang bermakna.

Malam Ramadan kini juga tidak lagi tertumpu kepada kunjungan ke bazar semata-mata. Semakin ramai memanfaatkan waktu selepas berbuka untuk aktiviti santai seperti menikmati bufet Ramadan, meneroka pengalaman hujung minggu bersama keluarga atau mencuba aktiviti malam yang ditawarkan secara bermusim.

Pendekatan ini mencerminkan perubahan gaya hidup yang lebih dinamik, di mana perayaan diraikan dengan keseimbangan antara tradisi dan pengalaman baharu.

Melalui tawaran masa terhad, jualan kilat serta pilihan bufet Ramadan terpilih dan produk perjalanan perayaan, “Raya dengan JOY!” menyokong trend ini dengan menyediakan penjimatan praktikal dan akses mudah kepada pelbagai aktiviti. Pendekatan ini membolehkan keluarga merancang percutian ringkas atau aktiviti bersama tanpa menjejaskan komitmen perayaan yang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai jualan kilat “Raya dengan JOY!”, bufet Ramadan terpilih serta tawaran perjalanan sempena musim perayaan, orang ramai boleh melayari pautan berikut:

Bahasa Inggeris: https://www.klook.com/en-MY/tetris/promo/ramadanraya/
Bahasa Melayu: https://www.klook.com/ms-MY/tetris/promo/ramadanraya/

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd