Niko Neko Matcha Tawar Buffet Gelato Tanpa Had RM45 Sempena Ramadan

March 4, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Untuk tahun 2026 ini, Niko Neko Matcha membawakan kelainan menerusi penganjuran Buffet Gelato tanpa had pada harga RM45 seorang di cawangan Damansara Heights. Promosi ini berlangsung dari 6 hingga 22 Mac 2026, bermula jam 7 malam hingga 11.30 malam.

Dengan konsep “bottomless gelato”, pelanggan boleh menikmati hidangan gelato tanpa had sepanjang tempoh makan yang ditetapkan, iaitu selama 1jam 30 minit bagi setiap meja.

Pada harga RM45 seorang, pelanggan boleh memilih pelbagai perisa gelato yang ditawarkan, selain menikmati pilihan topping yang lengkap. Antara topping yang disediakan termasuk cornflakes rangup, rolled oats, granola, pelbagai jenis kekacang serta topping manis lain yang boleh dipadankan mengikut citarasa masing-masing.

Lebih menarik, setiap pelanggan turut boleh menikmati plain waffle bowl tanpa had sebagai pelengkap kepada gelato pilihan.

Bagi mereka yang hadir dalam kumpulan, pakej khas turut ditawarkan iaitu RM160 untuk empat orang dan RM228 untuk enam orang. Kanak-kanak berusia tujuh tahun ke bawah serta warga emas berusia 60 tahun ke atas pula boleh menikmati buffet ini pada harga RM25 seorang.

Selain promosi buffet, Niko Neko Matcha juga memaklumkan bahawa waktu operasi sepanjang Ramadan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam dari 27 Februari hingga 22 Mac 2026 bagi kedua-dua cawangan 2.0 di Chinatown dan 3.0 di Damansara Heights. Ini memberi peluang kepada pengunjung yang ingin menikmati pencuci mulut atau minuman matcha selepas moreh dalam suasana yang lebih santai pada waktu malam.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd