K Fry Memperkenalkan Menu Edisi Terhad “Raya Yam!” Sempena Ramadan Dan Syawal

March 6, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

K Fry Urban Korean baru-baru ini memperkenalkan siri menu edisi terhad yang dikenali sebagai “Raya Yam!”. Menu istimewa ini menggabungkan citarasa Korea dengan sentuhan hidangan yang sesuai dinikmati ketika berbuka puasa atau berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan sepanjang musim perayaan.

Siri “Raya Yam!” diinspirasikan daripada maskot ceria K Fry, YamYam – peha ayam mesra dari dapur Chef K yang melambangkan kehangatan, kegembiraan dan semangat berkongsi makanan yang enak bersama orang tersayang.

Melalui menu khas ini, K Fry mahu menjadikan momen berbuka puasa dan pertemuan Hari Raya lebih meriah dengan hidangan yang menarik serta penuh rasa.

Antara hidangan yang menjadi tumpuan ialah Chilli K’runch Butter Yam, yang ditawarkan bermula daripada RM42.90 untuk setengah ekor ayam dan RM25.70 untuk pilihan soonsal (ayam tanpa tulang).

Hidangan ini menampilkan ayam goreng rangup yang disalut dengan sos buttermilk keemasan kemudian dilengkapkan dengan minyak cili, bawang putih rangup, kerepek cili dan daun kari yang harum. Gabungan rasa berkrim dan pedas ini memberikan pengalaman rasa yang lebih menarik, terutamanya bagi mereka yang gemarkan sedikit kepedasan ketika berbuka.

Bagi mereka yang mencari hidangan lebih mengenyangkan untuk dikongsi, Ttokttok Sweet Corn Bulgogi menawarkan kombinasi kentang goreng yang dilapisi dengan ayam atau daging bulgogi, jagung manis, sos bulgogi berperisa serta sedikit sour cream.

Hidangan ini memberikan rasa manis, masin dan berkrim dalam setiap suapan, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk dinikmati bersama ketika iftar. Bagi yang berminat, menu ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM23.47 untuk pilihan daging dan RM20.88 untuk ayam.

Menu pencuci mulut pula menampilkan Bora Taro Bingsoo, ais kisar berperisa taro yang berwarna ungu dan sesuai dijadikan penutup hidangan selepas berbuka. Ditawarkan secara eksklusif untuk pelanggan yang makan di restoran bermula RM24.90, hidangan ini disajikan dengan krim keju, serbuk taro, ketulan taro, serta tambahan bola taro mini dan mutiara sagu bagi memberikan tekstur yang lebih menarik.

Ia juga boleh dipadankan dengan Bora Taro Shake, minuman berkrim berharga bermula RM12.90 yang dihiasi krim putar dan taburan taro.

Selain hidangan à la carte, K Fry turut memperkenalkan dua set perkongsian yang sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan. YamYam Feast untuk 2 hingga 3 orang ditawarkan bermula RM54.50 dan merangkumi Chilli K’runch Butter Yam Soonsal, Ttokttok Sweet Corn Bulgogi (ayam atau daging), dua nasi putih serta dua Fuze Tea Lemon Tea.

Sementara itu, K’rispy Bersama untuk 3 hingga 4 orang bermula RM89.60 yang menampilkan Chilli K’runch Butter Yam Half Chicks, Ttokttok Sweet Corn Bulgogi (ayam atau daging), Pajeon Sosej & Ayam Slice, tiga nasi putih dan tiga Fuze Tea Lemon Tea.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan menu terkini, orang ramai boleh melayari laman web rasmi atau mengikuti K Fry Urban Korean di Facebook dan Instagram.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd