Yeo’s Memperkenalkan Susu Soya Perisa Sifon Pandan, Inspirasi Daripada Pencuci Mulut Klasik

March 9, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Bagi peminat kuih-muih tradisional, aroma harum pandan dan tekstur lembut kek sifon pandan sememangnya mempunyai tempat tersendiri dalam selera masyarakat tempatan.

Kini, pengalaman menikmati rasa tersebut tidak lagi terhad kepada kek atau pencuci mulut sahaja. Yeo’s Malaysia memperkenalkan inovasi terbaharu di bawah rangkaian Yeo’s Café iaitu Susu Soya Sifon Pandan – minuman yang menggabungkan inspirasi rasa kek sifon pandan dengan campuran susu soya.

Gabungan ini menjadikan minuman tersebut bukan sahaja unik dari segi rasa, malah sesuai dinikmati dalam pelbagai situasi.

Ia boleh diminum begitu sahaja ketika ingin menikmati sesuatu yang ringan, dijadikan teman minum petang, atau sebagai pilihan minuman yang berbeza daripada minuman soya biasa.

Selain itu, produk ini turut diformulasikan dengan kandungan gula yang lebih rendah. Pendekatan ini menjadikannya alternatif yang lebih seimbang bagi mereka yang ingin menikmati minuman berperisa tanpa kandungan gula yang terlalu tinggi.

Bagi yang berminat, Susu Soya Sifon Pandan ini boleh didapati di pasar raya serta kedai serbaneka terpilih di seluruh negara – pada harga RM4.90 setiap satu.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd