Skechers Hadir Dengan Court Classics Hotshot Baharu – Dijual Pada Harga Bermula RM299
Lina Rosli
Bagi anda yang menggemari rekaan Court Classic Hotshot dari Skechers, jenama kasut kegemaran ramai ini tampil dengan kemaskini baharu yang mana ia menampilkan rekaan klasik berinspirasikan kasut gelanggang, dengan penambahan warna menarik serta ciri keselesaan yang dipertingkatkan.
Dan yang menjadi tarikan utama adalah kehadiran duta kempen – iaitu tiga ahli kumpulan K-pop popular SEVENTEEN iaitu DK, Seungkwan dan Dino sebagai wajah kempen.

Direka untuk mereka yang sentiasa bergerak aktif sepanjang hari, Skechers Court Classics Hotshot menggabungkan gaya kasual dengan keselesaan praktikal yang sesuai untuk aktiviti harian di bandar.
Siluetnya yang diinspirasikan daripada kasut gelanggang klasik dipadankan dengan gabungan bahan duraleather yang kemas bersama sentuhan suede lembut, menghasilkan rekaan yang kelihatan ringkas tetapi tetap bergaya.
Bagi koleksi lelaki, Skechers memperkenalkan Skechers Slip-ins: Court Classics Hotshot yang hadir dengan tiga pilihan warna serba guna iaitu Black White, White Black dan Light Gray Blue.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, DK dilihat menggayakan warna Black White, Seungkwan dengan White Black manakala Dino tampil dengan Light Gray Blue.
Rekaan ini mengekalkan gaya kasut klasik tetapi dilengkapi teknologi moden seperti Air-Cooled Memory Foam pada bahagian tapak dalam yang memberikan keselesaan bernafas dan empuk sepanjang hari.
Melengkapkan rekaan ini adalah sistem tali boleh laras yang membantu memberikan kemasan yang lebih kemas. Bagi yang berminat, kasut lelaki ini ditawarkan pada harga RM319 sepasang.


Sementara itu, Skechers Court Classics Hotshot untuk wanita hadir dengan pendekatan rekaan yang lebih segar dan kontemporari, tetapi masih mengekalkan elemen klasik yang sama. Siluetnya yang lebih ringkas memudahkan kasut ini dipadankan dengan pelbagai gaya harian sama ada untuk aktiviti santai pada waktu siang atau penampilan kasual pada waktu malam.
Teknologi Heel Pillow yang disertakan membantu memastikan kasut berada pada kedudukan yang selesa dan stabil, manakala tapak luar yang fleksibel menyokong pergerakan sepanjang hari. Koleksi wanita ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu Brown Pink, Neutral Brown danWhite Navy Red pada harga RM299.

Bagi yang berminat, koleksi Skechers Court Classics Hotshot kini boleh didapati bermula harga RM299 di beberapa kedai konsep Skechers terpilih di Malaysia termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, The Exchange TRX dan1 Utama Shopping Centre.
Ia juga boleh dibeli secara atas talian melalui laman web rasmi Skechers Malaysia.