9 Pilihan Wangian Mewah Untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri

March 11, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Aidilfitri bukan sekadar tentang pakaian baharu, juadah istimewa dan kunjungan ke rumah saudara-mara. Ia sebenarnya lebih daripada itu, yang mana ia juga berkait rapat dengan detik kebersamaan, memori manis, serta cara setiap individu mengekspresi diri ketika meraikan hari kemenangan sebulan berpuasa.

Dalam suasana perayaan yang penuh makna ini, wangian sering menjadi sentuhan terakhir yang melengkapkan penampilan. Walaupun tidak kelihatan secara fizikal, aroma yang dipilih mampu meninggalkan kesan yang mendalam dan kadangkala menjadi memori yang diingati lebih lama daripada apa yang dipakai.

Sempena musim perayaan ini, beberapa jenama turut memperkenalkan pelbagai pilihan wangian yang boleh anda gunakan dan juga dijadikan hadiah buat insan tersayang.

Untuk Wanita Feminin Yang Ceria

Bagi mereka yang memiliki karakter feminin namun tetap ceria dan penuh keyakinan, pilihan wangian yang lembut dengan sentuhan manis serta segar boleh menjadi pelengkap gaya sepanjang musim perayaan.

Kebiasaannya, wangian dalam kategori ini menampilkan gabungan nota bunga, buah-buahan atau gourmand yang memberikan aura anggun tanpa terasa terlalu berat. Gabungan ini menghasilkan aroma yang ringan, menyenangkan dan sesuai dipakai sepanjang hari.

Sama ada ketika berkunjung ke rumah terbuka, bertemu ahli keluarga yang sudah lama tidak berjumpa atau meluangkan masa bersama sahabat, wangian yang segar dan feminin mampu menambah seri penampilan serta memberikan rasa lebih yakin sepanjang sambutan Aidilfitri.

#1 Jimmy Choo I Want Choo With Love Eau de Parfum

(RM365 / 40ml | Parkson, Isetan dan Zalora)

Wangian ini dibuka dengan gabungan nota segar raspberry, pati mandarin serta bunga oren yang memberikan permulaan yang cerah dan menyenangkan. Aroma tersebut kemudian berkembang kepada gabungan bunga seperti ros, hibiscus dan freesia yang menyerlahkan sisi feminin yang lembut.

Di bahagian asas, gabungan vanila berkrim, sandalwood dan musk memberikan sentuhan hangat yang elegan. Hasilnya ialah wangian gourmand yang lembut tetapi tetap menyerlah, sesuai untuk wanita yang ingin tampil anggun dan ceria ketika menghadiri majlis rumah terbuka atau kunjungan Aidilfitri.

#2 Ferragamo Signorina Romantica Eau de Parfum

(RM486 / 50ml | AEON, Parkson, Isetan, Seibu TRX dan Sogo)

Signorina Romantica menawarkan keseimbangan antara aroma manis dan sofistikated. Ia bermula dengan nota cerah lemon Itali, bunga oren dan neroli yang memberikan kesegaran pada permulaan wangian.

Aroma ini kemudian berkembang dengan inspirasi manisan klasik Anginetti cookies yang menggabungkan vanila berkrim bersama sentuhan lemon icing.

Di bahagian asas, gabungan vanila bean, resin benzoin, sandalwood, musk dan amber menghasilkan kemasan wangian yang hangat dan memikat. Ia sesuai bagi mereka yang ingin tampil feminin dan romantik ketika meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan sahabat.

#3 Sol de Janeiro Cheirosa 91 Perfume Mist

(RM198 / 240ml | Semua cawangan Sephora)

Cheirosa 91 memberikan interpretasi moden terhadap wangian ros melalui sentuhan gaya Brazil yang lebih segar dan bertenaga. Ia menggabungkan Rio Pink Rose dengan nota buah passionfruit serta honey caramel yang menghasilkan aroma manis, segar dan menyerlah.

Selain itu, wangian ini turut menggunakan teknologi Scent Imprint Technology, iaitu inovasi terbaru Sol de Janeiro dalam dunia perfumery.

Gabungan ini menjadikan wangian tersebut sesuai digunakan setiap hari, sama ada ketika menghadiri rumah terbuka atau sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan diri yang memberikan rasa segar dan bertenaga.

Untuk Individu Berjiwa Pengembara

Bagi mereka yang gemar tampil berani dan yakin, wangian dengan karakter lebih mendalam dan maskulin sering menjadi pilihan.

Kebiasaannya, wangian dalam kategori ini menampilkan gabungan nota kayu, amber atau rempah yang memberikan aura lebih matang serta tahan lama sepanjang hari.

#1 Montblanc Explorer Extreme Parfum

(RM616 / 100ml | Isetan)

Explorer Extreme merupakan interpretasi lebih mendalam bagi koleksi Explorer dan menjadi versi parfum pertama dalam rangkaian tersebut.

Wangian ini dibuka dengan nota segar bergamot dan clary sage yang memberikan permulaan yang bersih dan bertenaga.

Ia kemudian berkembang kepada gabungan patchouli dan Ambrofix yang menghasilkan karakter aroma yang lebih kaya dan berlapis.

Di bahagian asas, nota amber, kulit dan vetiver memberikan kemasan yang maskulin serta tahan lama, menjadikannya sesuai dipakai sepanjang hari ketika berkunjung ke rumah terbuka atau menghadiri majlis Aidilfitri.

#2 OUAI Ibiza Fragrance Mist Eau de Toilette

(RM150 / 97ml | Sephora)

Ibiza Fragrance Mist oleh OUAI menampilkan karakter wangian yang hangat dan sensual yang mana ia lebih sesuai dipakai pada waktu malam. Gabungan nota koko, tonka bean, vanila dan rum menghasilkan aroma yang kaya serta memikat.

Wangian ini sesuai untuk suasana santai selepas sesi rumah terbuka atau pertemuan bersama rakan pada waktu malam, memberikan aura santai tetapi tetap bergaya.

Untuk Peminat Wangian Eksklusif

Bagi mereka yang menghargai keunikan serta kemewahan dalam dunia wangian, pilihan edisi eksklusif sering menjadi daya tarikan utama.

Wangian dalam kategori ini bukan sahaja menawarkan komposisi aroma yang unik, malah hadir dengan rekaan botol serta konsep yang lebih istimewa.

#1 Solférino Paris Thé Au Palais Royal Eau de Parfum

(RM848 / 70ml | Seibu TRX)

Wangian ini diinspirasikan oleh suasana tenang di taman bersejarah Palais-Royal di Paris. Ia dibuka dengan nota sitrus yang cerah sebelum berkembang kepada gabungan melati dan ambrette seed yang lembut.

Di bahagian akhir, vetiver dan musk memberikan kemasan yang halus serta elegan pada kulit. Wangian berasaskan teh oolong ini sesuai dipakai pada pagi Aidilfitri atau ketika menghadiri pertemuan yang lebih santai bersama keluarga terdekat.

#2 Lacoste Original Pour Femme Eau de Parfum

(RM480 / 100ml | AEON, Parkson, Isetan, Seibu TRX dan Sogo)

Lacoste Original Pour Femme menampilkan gabungan gaya elegan dan santai yang menjadi identiti jenama Lacoste. Wangian ini bermula dengan nota pear yang segar bersama halia dan mandarin yang memberikan kesegaran pada permulaan.

Di bahagian tengah, gabungan melati dan ros menghasilkan buket bunga yang lembut sebelum beralih kepada asas vanila dan amber yang hangat. Ia merupakan wangian yang versatil dan sesuai dipakai dalam pelbagai suasana sepanjang musim perayaan.

#3 Guerlain The Exceptional Rendezvous (L’Heure Dorée)

(RM4,370 / 125ml + 30ml | Butik Guerlain TRX)

Wangian edisi terhad ini dihasilkan sebagai penghormatan kepada sambutan Aidilfitri, menampilkan gabungan seni pembuatan minyak wangi dan rekaan botol yang eksklusif. Botol Bee Bottle yang dihiasi mutiara menyerlahkan elemen kemewahan dan keanggunan.

Wangian ini dibuka dengan nota kapulaga sebelum berkembang kepada hati ros yang mewah.

Bukan itu sahaja, wangian ini turut menggabungkan haruman sandalwood berkrim, oud dan musk yang memberikan kedalaman aroma, manakala sentuhan kelapa menambahkan kemasan yang lembut.

Dengan hanya lapan botol bernombor tersedia di Malaysia, ia menjadi pilihan koleksi yang sangat eksklusif.

Sentuhan Wangian Untuk Rumah

Selain wangian peribadi, suasana rumah juga boleh diperkaya dengan aroma yang menyenangkan, terutama ketika menerima tetamu semasa musim perayaan. Pilihan wangian ruang seperti lilin aromatik mampu mewujudkan suasana yang lebih selesa dan menyambut kehadiran tetamu dengan lebih istimewa.

#1 Guerlain L’Art & La Matière Les Extraits & Art of Living Candles

(Perfume RM2,860 | Lilin RM340 | Butik Guerlain TRX)

Guerlain turut memperkenalkan koleksi L’Art & La Matière Les Extraits Signature yang menampilkan enam bahan ikonik dalam formula Guerlinade seperti bergamot, ros, melati, iris, vanila dan tonka bean dalam komposisi yang lebih pekat.

Ia turut dilengkapi dengan koleksi lilin Art of Living yang membawa nota wangian yang sama ke dalam ruang kediaman.

Gabungan ini membolehkan peminat wangian mencipta pengalaman aroma yang sepadan antara diri dan suasana rumah ketika menerima tetamu semasa rumah terbuka Aidilfitri.

#2 Guerlain Eid Advent Calendar

(RM3,720 | Eksklusif di Butik Guerlain TRX)

Dihasilkan sempena Ramadan dan Aidilfitri, kalendar edisi terhad ini menampilkan 30 kejutan harian menjelang hari raya. Rekaannya dihiasi motif langit berbintang dengan titik emas yang diinspirasikan oleh karya artis pointillist Ségolène Derudder.

Di dalamnya terdapat pilihan wangian ikonik, produk solekan serta penjagaan kulit Guerlain yang boleh diteroka setiap hari. Koleksi ini diakhiri dengan gincu Rouge G lengkap dengan sarung berkilauan Le Strassé. Dengan hanya tiga unit tersedia di butik TRX, ia merupakan hadiah Raya yang unik dan jarang ditemui.

Secara keseluruhannya, pilihan wangian yang tepat mampu memberikan sentuhan peribadi kepada sambutan Aidilfitri.

Sama ada untuk melengkapkan gaya perayaan atau dijadikan hadiah bermakna kepada orang tersayang, wangian yang dipilih dengan teliti boleh menjadikan setiap detik Syawal terasa lebih istimewa dan dikenang lebih lama.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd