Siri Minuman Baharu Tealive OG Coco Mousse – Gabungan Coklat, Matcha Dan Teh Melati
Lina Rosli
Sempena musim perayaan Aidilfitri yang sinonim dengan hidangan manis dan momen kebersamaan, Tealive tampil dengan siri minuman baharu yang diinspirasikan daripada rasa coklat yang kaya – iaitu OG Coco Mousse Series.
Untuk siri minuman ini, ia menampilkan gabungan coklat mousse yang pekat bersama beberapa padanan rasa yang berbeza. Dengan ini, ia memberikan pengalaman minuman yang lebih bertekstur dan memuaskan.

Untuk anda yang ingin mencuba, siri OG Coco Mousse hadir dengan tiga variasi minuman, iaitu:
- Coco Mousse Pudding – menggabungkan coklat mousse yang pekat dengan lapisan milk pudding yang lembut dan berkrim, menghasilkan tekstur yang lebih kaya pada setiap hirupan.
- Coco Matcha Mousse – menampilkan gabungan coklat mousse dengan premium Nishio matcha, memberikan keseimbangan rasa pahit lembut teh hijau bersama kemanisan coklat.
- Jasmine Tea Coco Mousse – menawarkan gabungan teh hijau melati dengan coklat pekat serta lapisan coco mousse yang lembut. Gabungan ini memberikan profil rasa yang lebih segar tetapi masih mengekalkan kemewahan coklat dalam minuman.
Bersempena pelancarannya, pelanggan boleh menikmati harga promosi khas melalui aplikasi Tealive App dari 11 hingga 20 Mac 2026.
Sepanjang tempoh ini, semua minuman dalam OG Coco Mousse Series ditawarkan pada harga RM8.90 dengan penggunaan kod promosi TRYCOCO.