Luckin Coffee Melancarkan Siri Minuman Baharu – Tiga Minuman Berasaskan Limau

March 11, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Berbeza dengan kebiasaan menu minuman yang memfokuskan kepada minuman coklat dan bersusu, Luckin Coffee hadir dengan siri minuman baharu yang berasaskan limau.

Menurut Luckin Coffee, mereka menggunakan limau yang ditanam di Johor.

Untuk siri Lime ini juga, Luckin Coffee hadir dengan tiga pilihan minuman yang menyegarkan iaitu:

  • Lime Americano (RM13.00)
  • Lime Refresher (RM14.00)
  • Lime Fizzy Americano (RM15.00)

Untuk Lime Americano, ia merupakan gabungan ristretto coffee dengan jus limau Johor asli, menghasilkan minuman yang berani, sedikit masam dan menyegarkan.

Padanan kopi dan sitrus ini memberikan rasa yang unik serta membantu memberi tenaga selepas seharian berpuasa.

Bagi mereka yang mahukan minuman yang lebih ringan, Lime Refresher diinspirasikan daripada minuman klasik tempatan teh o limau. Rasanya yang segar menjadikannya pilihan sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka.

Satu lagi pilihan ialah Lime Fizzy Americano, iaitu minuman kopi dengan sentuhan limau yang dipadankan bersama elemen berkarbonat.

Gabungan ini menghasilkan tekstur berbuih yang ringan serta rasa sitrus yang lebih menyerlah, menjadikannya pilihan yang menyegarkan selepas hari yang panjang.

Menarik, bukan? Tidak hanya itu, semua minuman dalam siri ini ditawarkan dalam saiz Mega, sekaligus memberikan pengalaman minuman yang lebih memuaskan bagi mereka yang ingin menikmati sesuatu yang menyegarkan selepas seharian berpuasa.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd