PETRONAS Shop Hadir Dengan Koleksi Hijab Tersendiri – Dijual Pada Harga Bermula RM59.90
Lina Rosli
Tahukah anda bahawa PETRONAS Shop turut mula menawarkan koleksi hijab mereka yang tersendiri?
Memahami akan keperluan wanita moden pada masa kini, PETRONAS Shop kini memperkenalkan koleksi hijab terbaharu yang tampil dengan rekaan moden serta material yang selesa dipakai sepanjang hari.
Koleksi ini merangkumi dua pilihan utama iaitu PETRONAS Drape Collection dan PETRONAS Progress Hijab, yang direka untuk memberikan gabungan gaya elegan, versatil serta praktikal untuk kegunaan harian.


Mengenai PETRONAS Drape Collection, koleksi ini ialah menggunakan fabrik chiffon berkualiti tinggi dengan teksturnya yang ringan dan mudah dibentuk. Fabrik ini juga bersifat breathable serta mempunyai alunan yang cantik, menjadikannya sesuai dipakai dalam pelbagai situasi termasuk ke pejabat, menghadiri acara rasmi atau untuk gaya santai harian.

Rekaan hijab dalam koleksi ini juga tampil dengan gaya minimalis yang memudahkan ia dipadankan dengan pelbagai jenis busana.
Dengan pilihan warna yang pelbagai, pengguna boleh menyesuaikan gaya mengikut personaliti dan tema pakaian masing-masing.
Untuk koleksi ini, ia dijual pada harga RM59.90 untuk kedua-dua tudung bawal dan selendang.

PETRONAS Progress Hijab Dengan Sentuhan Eksklusif
Selain Drape Collection, PETRONAS turut menampilkan PETRONAS Progress Hijab yang hadir dengan rekaan lebih eksklusif. Koleksi ini menonjolkan identiti jenama PETRONAS melalui perincian logo yang halus serta kemasan yang kemas, memberikan penampilan yang lebih sofistikated.

Setiap helaian hijab direka dengan fokus kepada keselesaan dan estetika, menjadikannya pilihan sesuai bagi mereka yang mahukan gaya yang ringkas tetapi tetap menyerlah.
Dari segi harga, PETRONAS Progress Hijab ini ditawarkan pada harga RM79.90 sehelai.

Bagi yang berminat, koleksi hijab ini boleh didapati melalui PETRONAS Shop yang menawarkan pelbagai pilihan warna dan rekaan. Ia juga boleh menjadi pilihan menarik sama ada untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah kepada insan tersayang.