Gigi Coffee Memperkenalkan Siri Minuman Baharu Untuk Syawal Ini – Berasaskan Pistachio
Lina Rosli
Bagi anda yang menggemari minuman berasaskan kacang pistachio, mungkin menu baharu daripada Gigi Coffee ini akan menarik perhatian anda.
Bermula hari ini (12 Mac), Gigi Coffee telah hadir dengan dengan siri menu baharu berasaskan pistachio yang menampilkan gabungan rasa kacang yang berlemak, tekstur berkrim dan profil rasa yang lebih mewah.

Untuk siri ini, sebanyak tiga variasi minuman yang diperkenalkan iaitu:
- Pistachio G Frappe (RM16.00)
- Pistachio Cream Latte (RM13.00)
- Dubai Pistachio Chocolate (RM14.00)
Bagi minuman Pistachio G Frappe, ia merupakan pilihan minuman sejuk bertekstur ais kisar yang digabungkan dengan rasa pistachio yang kaya dan krim yang lembut. Ia sesuai untuk mereka yang gemarkan minuman lebih menyegarkan tetapi masih mengekalkan rasa pencuci mulut yang memuaskan.

Sementara untuk Pistachio Cream Latte, ia hadir dengan kombinasi susu hazelnut dan krim pistachio yang memberikan rasa yang lebih seimbang – antara kelemakan pistachio dan kemanisan kacang.
Seterusnya, pilihan minuman yang ketiga adalah Dubai Pistachio Chocolate, iaitu pilihan minuman yang diinspirasikan daripada trend pencuci mulut Timur Tengah yang semakin popular. Gabungan coklat dengan pistachio memberikan rasa yang lebih pekat, berlemak dan sesuai dinikmati sebagai pelengkap hidangan.


Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan siri minuman pistachio baharu dari Gigi Coffee. Ia kini boleh didapati di semua cawangan Gigi Coffee bermula hari ini – atau mula pesan menerusi aplikasi Gigi di Play Store atau App Store.