Lapisan Pâtisserie X Hokkaido Baked Cheese Tart – Memperkenalkan Crotart, Gabungan Pastri Klasik Dan Moden
Lina Rosli
Lapisan Pâtisserie mengumumkan kolaborasi pertamanya bersama Hokkaido Baked Cheese Tart yang mana menerusinya, jenama ini memperkenalkan menu baharu yang dikenali sebagai Crotart — satu gabungan pastri klasik dengan sentuhan moden.
Menurut Lapisan Pâtisserie, Crotart tampil sebagai gabungan dua identiti yang mana ia menggunakan pastri rangup berlapis signature Lapisan yang digabungkan dengan inti keju berkrim daripada Hokkaido Baked Cheese Tart.

Dengan ini, bagi anda yang menggemari pencuci mulut dengan kombinasi tekstur rangup dan lembut, Crotart ini pastinya akan menjadi kegemaran anda yang mana ianya sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Bagi yang berminat, Crotart ini ditawarkan pada harga RM11.50 sebiji.
Lapisan Perluas Menu Dengan Hidangan Panas
Selain pencuci mulut, Lapisan turut memperkenalkan siri hidangan panas bagi menawarkan lebih variasi kepada pelanggan.
Antara menu baharu yang diperkenalkan ialah Signature Black Pepper Chicken Chop dan Signature Mushroom Chicken Chop, masing-masing berharga RM23.

Hidangan Black Pepper Chicken Chop menampilkan ayam perap yang lembut dengan sos lada hitam yang memberikan rasa sedikit pedas. Manakala Mushroom Chicken Chop pula hadir dengan ayam panggang berjus yang disaluti sos cendawan berkrim. Kedua-duanya dihidangkan bersama kentang panggang dan salad segar.

Bagi melengkapkan hidangan, pelanggan juga boleh menikmati pilihan minuman panas baharu seperti Hot Matcha Latte (RM14), Hot Houjicha Latte (RM11.80) dan Hot Genmaicha Latte (RM11.80).
Dalam masa sama, Lapisan turut melancarkan platform keahlian berasaskan web bagi memudahkan pelanggan menikmati pelbagai ganjaran dan promosi.
Melalui platform ini, ahli boleh mengakses menu secara atas talian, menikmati ganjaran eksklusif, kad hadiah digital serta program rujukan.

Bagi setiap perbelanjaan RM20, pelanggan akan menerima satu cop yang boleh ditebus untuk pelbagai ganjaran seperti diskaun 50% untuk Honey Toast, baucar minuman atau pastri, dan lain-lain.
Pendaftaran baharu turut menerima ganjaran seperti palmier, baucar tunai RM3 serta diskaun 10% dengan pembelian minimum RM20.