PUMA Menampilkan Koleksi Eksklusif Sempena Ulang Tahun Ke-30 Pokémon

April 2, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Bersempena ulang tahun ke-30 Pokémon, jenama ini telah bekerjasama dengan jenama sukan popular global, PUMA, dalam memperkenalkan koleksi khas edisi terhad yang membawakan tema “Into Another World“.

Untuk koleksi PUMA x Pokémon ini, ia menggabungkan elemen dunia Pokémon dengan identiti sukan dan gaya hidup moden PUMA.

Inspirasi utama koleksi ini diambil daripada dua karakter ikonik iaitu Espeon dan Umbreon, yang melambangkan kontras antara elemen matahari dan cahaya bulan. Pendekatan ini diterjemahkan melalui rekaan yang minimal tetapi tetap menonjol dengan sentuhan grafik eksklusif.

Dari segi pakaian, koleksi ini menampilkan siluet santai seperti kemeja-T, hoodie dan seluar pendek yang sesuai untuk kegunaan harian.

Rekaan ditampilkan dengan motif ringkas serta elemen sporty seperti jersi bersaiz besar dengan nombor yang diinspirasikan daripada karakter Pokémon terpilih.

Untuk kasut pula, PUMA memperkenalkan versi khas Fade Nitro dengan warna kuning terang yang diinspirasikan oleh Pikachu.

Rekaan ini turut dilengkapi dengan grafik Pikachu pada bahagian dalam serta aksesori keychain Pikachu yang disertakan bersama kasut, menjadikannya lebih unik untuk peminat.

Selain itu, koleksi ini turut menampilkan karakter lain seperti Mimikyu yang mana ia hadir dengan elemen yang ceria – sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Untuk koleksi ini, ia hadir untuk kedua-dua dewasa dan kanak-kanak.

Bagi yang berminat, koleksi PUMA x Pokémon kini boleh didapati di kedai PUMA terpilih, pengedar sah di seluruh negara serta secara atas talian melalui laman rasmi PUMA. Harga ditawarkan bermula dari RM159 hingga RM699.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd