Sunplay Memperkenalkan Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Gabungan Perlindungan UV Dan Penghidratan Harian

April 6, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, penggunaan pelindung matahari bukan lagi pilihan tambahan, tetapi keperluan harian. Ini kerana, pelindung matahari bukan sahaja penting dalam melindungi kulit daripada sinaran UV, malah ia turut berfungsi dalam memastikan kulit kekal terhidrat dan sihat.

Seiring dengan perubahan keperluan pengguna, jenama penjagaan kulit Sunplay tampil memperkenalkan inovasi terbaharu mereka, Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV.

Produk ini hadir sebagai pelindung matahari generasi baharu yang menggabungkan perlindungan UV dengan manfaat penjagaan kulit dalam satu formulasi. Direka untuk kegunaan harian, ia menawarkan tekstur ringan seperti serum yang mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan putih atau rasa melekit.

Apa yang membezakan produk ini adalah formulanya yang mengandungi tiga jenis Hyaluronic Acid, iaitu Hyaluronic Acid, Absorbent HA dan Nano HA. Gabungan ini membantu mengekalkan kelembapan kulit pada pelbagai lapisan, menjadikan kulit kekal lembut, anjal dan tidak mudah kering walaupun terdedah kepada cuaca panas.

Dalam masa yang sama, ia memberikan perlindungan spektrum luas terhadap sinaran UVA dan UVB melalui teknologi UV Protection Capsule Neo.

Dari segi formulasi, produk ini juga menitikberatkan keselamatan dan keselesaan kulit. Ia bebas daripada paraben, alkohol, pewangi, pewarna serta minyak mineral, dan direka agar sesuai digunakan pada kulit sensitif. Tambahan pula, ia turut menawarkan perlindungan terhadap pencemaran persekitaran seperti habuk halus dan zarah PM2.5.

Bagi memperkenalkan produk ini kepada pengguna, Sunplay akan menganjurkan pengalaman pop-up interaktif “Aquaverse by Sunplay” yang berlangsung dari 10 hingga 12 April 2026 di Starhill Piazza Outdoor.

Pengunjung berpeluang meneroka beberapa zon menarik seperti UV World yang menerangkan kesan sinaran UV terhadap kulit, Power of Serum yang mengetengahkan kelebihan Hyaluronic Acid, serta Zero-Feel Test Bar untuk mencuba sendiri tekstur ringan produk ini.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati ruang santai di Aqua Station serta menerima sampel percuma. Bagi yang membuat pembelian, diskaun sehingga 40% turut ditawarkan bersama hadiah eksklusif, selagi stok masih ada.

Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV kini boleh didapati pada harga RM65.90 di farmasi terkemuka serta platform atas talian di seluruh negara.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd