Koleksi Skechers x Sanrio Kembali Dengan Rangkaian ‘Foamies’ Dan Pakaian Kawaii

April 10, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Berita baik buat peminat tegar karakter Sanrio! Skechers tahun ini sekali lagi bekerjasama dengan Sanrio untuk melancarkan koleksi terbaharu yang lebih ceria dan bergaya.

Selepas kemunculan sulung pada Januari lalu, kolaborasi kali ini membawakan sesuatu yang istimewa iaitu pengenalan siri Skechers Foamies untuk wanita dan kanak-kanak perempuan

Untuk koleksi baharu ini, ia mengetengahkan empat bintang utama Sanrio iaitu Hello Kitty, My Melody, Kuromi, dan Cinnamoroll.

Setiap karakter memberikan sentuhan personaliti unik pada rangkaian produk Skechers:

  • Skechers Foamies: Kasut jenis sarung yang ringan dan mesra air ini hadir dalam warna-warna ikonik seperti putih (Hello Kitty), merah jambu (My Melody), lavender (Kuromi), dan biru (Cinnamoroll).
  • Pakaian & Aksesori: Koleksi ini turut merangkumi baju kemeja-T lengan pendek, seluar pendek, dan gaun. Terdapat juga aksesori pelengkap seperti beg tote, beg sling, beg galas untuk kanak-kanak, serta stoking.

Sama seperti sebelum ini, Skechers tetap komited dalam mengekalkan kualiti teknologinya dalam setiap rekaan. Foamies ini direka dengan material EVA yang ringan, mempunyai tapak kaki berkontur untuk sokongan tambahan, serta bersifat anti-bau agar kesegaran bertahan sepanjang hari. Pakaian dalam koleksi ini pula diperbuat daripada fabrik yang lembut dan telus udara, sesuai untuk aktiviti santai mahupun keluar bersama rakan-rakan.

Bagi memeriahkan lagi pelancaran ini, Skechers Malaysia mengadakan kempen “Sweet Surprise” dari 6 hingga 30 April 2026.

Pelanggan yang membeli mana-mana sepasang kasut Skechers x Sanrio Foamies berpeluang untuk memenangi set lengkap koleksi Foamies tersebut. Peserta hanya perlu menyimpan resit pembelian dan menghantar penyertaan melalui borang rasmi yang disediakan.

Bagi yang berminat, kesemua produk ini ditawarkan pada harga bermula dari RM59 sehingga RM309. Anda boleh mendapatkan koleksi Skechers x Sanrio ini di kedai konsep Skechers terpilih seperti:

  • Pavilion Bukit Jalil
  • Pavilion KL
  • Suria KLCC
  • The Exchange TRX
  • 1 Utama Shopping Centre

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan koleksi ini secara atas talian melalui laman web rasmi skechers.com.my.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd