Lancôme Memperkenalkan Idôle Peach‘N Roses – Wangian Berasaskan Pic Dan Ros
Lina Rosli
Lancôme dilihat terus memperluaskan rangkaian wangian ikoniknya dengan pelancaran Idôle Peach‘N Roses, sebuah interpretasi baharu yang lebih berani, segar dan moden dalam keluarga Idôle.
Selepas kejayaan Idôle Power, edisi terbaharu ini hadir dengan karakter yang lebih ceria yang mana ia menggabungkan elemen manis dan berani dalam satu komposisi yang memikat.

Untuk wangian ini, ia dibangunkan oleh trio perfumer wanita dari Givaudan iaitu Shyamala Maisondieu, Nadège Le Garlantezec dan Adriana Medina. Konsep untuk wangian ini mengetengahkan pendekatan aroma bunga dan buah-buahan yang lebih segar dan berlapis.
Antara tarikan utama adalah penggunaan ekstrak pic semula jadi Peach Orpur, yang memberikan aroma masam-manis yang juicy dan menyegarkan, seakan gigitan pertama buah pic yang masak ranum. Nota ini kemudiannya dipadankan dengan keharuman Damascena rose yang lembut dan elegan, menghasilkan keseimbangan antara kecerahan dan sensualiti.

Bersempena pelancaran ini, Lancôme turut membawakan pengalaman pop-up interaktif “Idôle House 2026” yang berlangsung di The Exchange TRX dari 2 hingga 12 April 2026.
Pengunjung boleh meneroka pelbagai zon menarik termasuk mencuba wangian Idôle Peach‘N Roses, menikmati minuman eksklusif dengan pembelian minimum, serta menyertai aktiviti seperti saringan kulit peribadi dan reruai bergambar interaktif berasaskan AI.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyesuaikan produk pilihan mereka dengan aksesori khas, serta menerima sampel eksklusif selepas melengkapkan pengalaman di lokasi. Perkhidmatan personalisasi wangian turut ditawarkan pada hujung minggu bagi pembelian produk fragrance.
Bagi yang berminat, Idôle Peach‘N Roses ditawarkan pada harga RM725 untuk 100ml dan RM525 untuk 50ml.