Wah Chan Hadir Dengan Koleksi Istimewa Sempena Hari Ibu – Menampilkan Enam Koleksi Jed Berkualiti Tinggi
Lina Rosli
Bersempena sambutan Hari Ibu Sedunia yang bakal tiba pada 10 Mei 2026 ini, Wah Chan hadir dengan koleksi terbaru yang diperkenalkan sebagai simbol penghargaan terhadap kasih sayang dan pengorbanan ibu.
Telah dilancarkan di beberapa cawangan terpilih sejak 10 April 2026 yang lepas, Wah Chan memperlihatkan enam koleksi barang perhiasan berasaskan jed – berlainan jenis, kategori dan juga saiz.

Untuk koleksi baharu ini, Wah Chan tampil dengan pendekatan yang lebih bermakna – yang mana ia mengetengahkan konsep menyampaikan emosi yang sering tidak diungkapkan secara lisan, dengan menjadikan setiap rekaan sebagai simbol kasih sayang yang boleh dipakai, disimpan dan diwarisi.
Berteraskan nilai tradisi yang telah lama dikaitkan dengan batu jed, koleksi ini diinspirasikan daripada tiga simbol berkat utama iaitu Blessings & Beauty, Health & Longevity serta Happiness & Prosperity.
Setiap rekaan membawa maksud tersendiri, mencerminkan harapan untuk kehidupan yang sejahtera, sihat dan bahagia buat insan bergelar ibu.

Dari sudut rekaan, koleksi ini mengekalkan pendekatan minimalis dengan memberi tumpuan kepada keindahan semula jadi jed. Ia dipadankan dengan elemen emas dan juga berlian seperti motif kunci panjang umur, simpulan tradisional dan bentuk floral yang melambangkan perlindungan, kesinambungan serta keharmonian. Bagi pilihan tertentu, sentuhan berlian turut ditambah bagi memberikan kilauan halus tanpa menenggelamkan karakter utama batu jed.
Menurut Amanda Koo, Pengarah Wah Chan Jewellery, koleksi ini dihasilkan dengan tujuan untuk memberikan makna yang lebih mendalam kepada setiap hadiah. Ia bukan sekadar perhiasan, tetapi simbol emosi dan doa yang ingin disampaikan kepada insan tersayang.

Koleksi ini ditawarkan dalam dua kategori utama. Bagi Classic Collection, setiap loket dihasilkan menggunakan jed berkualiti tinggi dan dipadankan dengan emas 9K, dengan harga bermula RM1,388.
Sementara itu, Signature Collection pula menggunakan emas 18K serta dihiasi berlian semula jadi, dengan harga RM3,188 untuk rekaan Blessings & Beauty dan Health & Longevity, manakala Happiness & Prosperity ditawarkan pada RM3,888.

Selain itu, setiap pembelian koleksi ini turut disertakan tote bag edisi terhad serta charm eksklusif. Wah Chan juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti di butik terpilih termasuk promosi khas, aktiviti ibu dan anak serta sesi perkongsian berkaitan keunikan batu jed.
Dengan pelancaran koleksi ini, Wah Chan menampilkan pendekatan yang menggabungkan warisan dan gaya moden, sekali gus menjadikan setiap loket bukan sekadar hadiah, tetapi simbol kasih sayang yang kekal sepanjang masa.