ICE-WATCH Melancarkan Jam Tangan Baharu Untuk Lelaki – Bewatch Chrono

April 20, 2026
Fesyen

Lina Rosli

ICE-WATCH Malaysia membuka langkah baharu dengan pendekatan lebih berani menerusi pelancaran koleksi terkini, Bewatch Chrono. Koleksi jam tangan lelaki ini menampilkan gabungan reka bentuk moden dan elemen teknikal yang memberi penekanan kepada gaya serta fungsi dalam satu pakej yang seimbang.

Untuk pengetahuan anda, Bewatch Chrono hadir sebagai interpretasi moden kepada jam tangan kronograf klasik. Reka bentuknya mengekalkan elemen estetik yang kemas, namun diperkemaskan dengan susun atur dial yang lebih teratur serta permainan warna yang subtil.

Pendekatan ini menjadikan jam tangan ini sesuai dipakai dalam pelbagai situasi, sama ada untuk rutin harian yang aktif mahupun acara santai.

Menurut ICE-WATCH, koleksi ini bukan sekadar aksesori, tetapi mencerminkan falsafah gaya lelaki moden yang mementingkan ketelitian, fungsi dan karakter. Setiap perincian direka dengan teliti untuk memberikan penampilan yang yakin tanpa perlu berlebihan.

Dari segi variasi, Bewatch Chrono ditawarkan dalam enam pilihan model yang merangkumi tona monokrom klasik hingga warna kontemporari yang lebih berani. Setiap model dilengkapi sub-dial berkontras yang memberikan dimensi tambahan pada reka bentuk keseluruhan.

Menggunakan pergerakan Miyota, koleksi ini menawarkan prestasi yang konsisten untuk kegunaan harian. Sarung poliamida (PA+) yang dipadankan dengan tali silikon pula memastikan ketahanan serta keselesaan sepanjang pemakaian. Ia turut dilengkapi dengan ardillon buckle bagi memberikan rasa pemakaian yang lebih selamat dan stabil.

Bagi yang berminat, model baharu ICE-WATCH ini ditawarkan pada harga bermula RM689 seutas — yang mana ia boleh didapati di semua rangkaian Time Zone berdekatan anda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd