FitFlop Memperkenalkan Koleksi Baharu, Kasut Selesa Untuk Ibu Yang Sentiasa Bergerak

April 20, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Bersempena sambutan Hari Ibu yang bakl tiba nanti, FitFlop dilihat hadir dengan koleksi terbaharu – bagi meraikan peranan ibu yang sentiasa aktif dalam menjalani rutin harian.

Daripada urusan harian seperti menghantar anak ke sekolah hinggalah ke detik santai, setiap langkah diraikan dengan rekaan kasut yang menggabungkan keselesaan dan gaya moden.

Koleksi ini menampilkan teknologi biomekanikal khas FitFlop seperti iQUSHION, Dynamicush dan Microwobbleboard, yang direka untuk memberikan sokongan optimum kepada kaki sepanjang hari. Pendekatan ini memastikan setiap rekaan bukan sahaja bergaya, tetapi juga praktikal untuk kegunaan harian.

Antara tarikan utama dalam koleksi ini ialah Gracie Leather Fisherman Sandals yang menggabungkan reka bentuk klasik dengan sentuhan moden. Ia menawarkan keseimbangan antara perlindungan dan pengudaraan, sesuai untuk kegunaan harian dari urusan ringkas hingga ke pertemuan santai.

Bagi situasi yang tidak menentu seperti perubahan cuaca atau jadual yang padat, Solay Waterproof Leather Woven Sandals dan Slides hadir sebagai pilihan praktikal. Reka bentuknya yang fleksibel membolehkan ia digunakan dalam pelbagai keadaan tanpa mengorbankan gaya.

Untuk mereka yang mahukan sentuhan lebih elegan, model seperti Lulu Ultra-Jewel dan Fino Pearls-and-Crystal menampilkan elemen hiasan kristal dan mutiara yang memberikan kilauan halus. Rekaannya sesuai dipakai dari siang hingga ke malam, menjadikannya pilihan serba guna.

Selain itu, Delicato Bow Patent-Leather Flats pula menawarkan gaya lebih kemas dengan kemasan berkilat dan rekaan bow yang minimalis. Ia sesuai untuk mereka yang inginkan penampilan ringkas tetapi tetap bergaya sepanjang hari.

Melengkapkan koleksi ini, FitFlop turut menawarkan pilihan iQ-COMFF Tassel Leather Loafers serta Dash Sneakers bagi mereka yang memerlukan gaya lebih kasual dan fleksibel. Kedua-duanya direka untuk menyokong pergerakan aktif, sama ada untuk urusan harian mahupun aktiviti santai.

Secara keseluruhan, koleksi ini menampilkan enam gaya utama yang mencerminkan pelbagai keperluan dan gaya hidup ibu moden. Ia menggabungkan fungsi dan estetika dalam satu penawaran yang sesuai untuk pelbagai situasi.

Bagi yang berminat, koleksi Hari Ibu FitFlop kini boleh didapati di semua butik FitFlop di seluruh negara serta secara atas talian. Harga ditawarkan bermula dari RM339 hingga RM799.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd