Skechers Memperkenalkan Semula Max Cushioning Glide-Step – Tampil DenganVersi Slip-In Dan Lace-Up

April 22, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Skechers baru-baru ini telah memperkenalkan semula siri Max Cushioning Glide-Step dengan penambahbaikan baharu – yang mana ia menawarkan kombinasi keselesaan dan prestasi untuk kegunaan harian.

Koleksi ini hadir dalam dua pilihan utama iaitu rekaan slip-in dan lace-up, memberikan fleksibiliti kepada pengguna mengikut gaya dan keperluan masing-masing.

Dari segi teknologi, Max Cushioning Glide-Step menampilkan pelbagai inovasi untuk memastikan setiap langkah lebih selesa dan stabil.

Antaranya termasukAir-Cooled Goga Mat insole yang memberikan keselesaan responsif serta pengudaraan yang baik, selain penggunaanGoodyear Performance Outsole yang menawarkan cengkaman dan ketahanan lebih baik di pelbagai permukaan.

Rekaan midsole Glide-Step pula membantu menghasilkan pergerakan yang lebih lancar dan bertenaga, manakala Natural Rocker Technology menyokong peralihan langkah dari tumit ke hujung kaki dengan lebih semula jadi. Gabungan ini menjadikan kasut sesuai untuk kegunaan sepanjang hari, sama ada untuk aktiviti santai mahupun pergerakan aktif.

Bagi versi Hands Free Slip-ins, ia dilengkapi teknologi Heel Pillow yang membantu memastikan kaki kekal stabil tanpa perlu menggunakan tangan ketika memakai kasut. Model ini juga menggunakan ULTRA GO cushioning dan Soft Stride foam bagi memberikan pengalaman pemakaian yang ringan serta selesa.

Sementara itu, versi Max Cushioning Glide-Step lace-up pula menampilkan rekaan lebih klasik dengan upper mesh bernafas yang membantu pengudaraan, sesuai untuk pengguna yang mahukan keseimbangan antara gaya kasual dan prestasi.

Dari segi harga, Skechers Hands Free Slip-ins: Max Cushioning Glide-Step ditawarkan pada RM539 dan kini boleh didapati di stor terpilih seluruh negara. Versi lace-up Max Cushioning Glide-Step pula akan mula dijual pada 4 Mei 2026 pada harga RM499.

Kedua-dua koleksi ini boleh didapati di butik Skechers terpilih termasuk di Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX dan 1 Utama, serta melalui platform dalam talian rasmi Skechers Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd