Mr. Churros Kini Disahkan Halal Oleh JAKIM

April 22, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Berita baik buat pencinta snek tempatan, khususnya peminat churros kerana Mr. Churros kini secara rasmi menerima pensijilan Halal bagi bahan mentah yang dihasilkan di kilang mereka. Dan ini sekaligus mengukuhkan lagi kepercayaan pengguna terhadap produk yang ditawarkan.

Pensijilan Halal ini mencerminkan komitmen berterusan Mr. Churros dalam memastikan setiap aspek pengeluaran daripada pemilihan bahan hingga proses penyediaan mematuhi piawaian syariah yang ditetapkan.

Menurut Mr. Churros juga, pengiktirafan ini bukan sekadar menunjukkan komitmen mereka tetapi juga jaminan bahawa setiap produk yang dihasilkan adalah bersih, selamat dan diyakini.

Dalam masa sama, langkah ini turut memastikan konsistensi kualiti di setiap cawangan.

Dengan bahan mentah yang diproses secara terkawal di kilang sendiri, para pelanggan tidak lagi perlu khuatir akan jaminan status halal Mr. Churros kerana semua proses pengeluaran produk ini akan mendapat semakan terakhir untuk memastikan semua syarat-syarat halal dipenuhi sebelum penghantaran keluar produk ke semua cawangan di Malaysia. 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd