Jom Membaca Sambil Makan! KFC Perkenal Sudut Bacaan Di 5 Cawangan Terpilih

April 28, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Membaca merupakan asas penting dalam pembentukan ilmu dan perkembangan minda kanak-kanak. Menyedari kepentingan ini, KFC Malaysia tampil dengan satu inisiatif menarik yang menggabungkan pengalaman menjamu selera dengan aktiviti pembelajaran.

Sempena sambutan World Book Day, KFC Malaysia memperkenalkan program QSR Sehati Bersama Kita Membaca, dengan matlamat untuk menjadikan budaya membaca lebih dekat dengan kehidupan harian, khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Ruang Bacaan Selesa Untuk Si Cilik

Melalui inisiatif ini, sebanyak lima cawangan KFC terpilih kini dilengkapi dengan sudut bacaan khas yang direka mesra kanak-kanak. Ruang ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada si kecil untuk membaca dalam suasana santai, sama ada sementara menunggu makanan atau selepas menikmati hidangan.

Sudut bacaan ini bukan sekadar tambahan ruang, tetapi direka sebagai tempat yang selesa dan menarik dengan susun atur buku yang mudah dicapai, sekaligus menggalakkan kanak-kanak untuk memilih dan membaca mengikut minat mereka sendiri.

Apa yang menjadikan inisiatif ini lebih menarik adalah kepelbagaian bahan bacaan yang disediakan. Koleksi buku merangkumi pelbagai genre serta bahasa, sesuai untuk peringkat umur yang berbeza.

Selain sudut bacaan, KFC Malaysia turut membawakan beberapa program menarik untuk semua pelanggan.

Pendekatan ini secara tidak langsung membantu membina minat membaca dalam suasana yang lebih santai dan tidak formal, menjadikan aktiviti membaca sebagai sesuatu yang menyeronokkan, bukan sekadar rutin pembelajaran.

Inisiatif ini turut disokong oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang menyumbangkan koleksi buku bagi melengkapkan sudut bacaan tersebut.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd