Hyundai Malaysia Tawar Penjimatan Hingga RM36,000 Sepanjang Mei 2026
Lina Rosli
Hyundai Motor Company dilihat telah melancarkan kempen MAY-GA Rewards, satu promosi khas sepanjang bulan Mei 2026 yang menawarkan penjimatan sehingga RM36,000 kepada pelanggan di Malaysia.
Kempen ini berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Mei 2026, merangkumi pelbagai model termasuk varian hibrid (HEV), SUV berprestasi serta MPV untuk kegunaan keluarga. Pembeli juga diberikan pilihan sama ada menikmati penjimatan tunai lebih tinggi atau pakej 8 kali servis percuma – bergantung kepada keperluan masing-masing.

Bagi varian premium dan hibrid seperti 1.6T HEV Prestige dan 1.6T HEV Prime, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM29,000. Alternatifnya, pakej servis percuma turut ditawarkan bersama penjimatan yang sedikit lebih rendah.
Varian seperti 2.5 Calligraphy pula hadir dengan pilihan penjimatan sehingga RM10,000, sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman pemanduan lebih premium.

Untuk kategori prestasi dan gaya, antara tawaran paling tinggi adalah bagi varian 1.6 HEV Prestige dengan penjimatan sehingga RM36,000. Selain itu, 1.6T Prestige (4WD) dan 1.6T Prime masing-masing menawarkan penjimatan sehingga RM33,000 dan RM29,000.
Bagi pilihan lebih mampu milik, varian 2.0 Style ditawarkan pada harga selepas ganjaran bermula RM123,888, menjadikannya antara model paling berbaloi dalam kempen ini.
Bukan itu sahaja, Hyundai turut menyediakan tawaran untuk model keluarga dengan kapasiti tempat duduk lebih besar. Varian 7 tempat duduk (7s Prestige) menawarkan penjimatan sehingga RM26,000, manakala varian 11 tempat duduk seperti 11s Prestige, 11s Prime dan 11s Style hadir dengan penjimatan sehingga RM15,000, termasuk pilihan tambahan trade-in untuk model tertentu.

Dengan penjimatan yang ditawarkan serta pilihan ganjaran yang fleksibel, kempen ini dilihat sebagai antara peluang terbaik bagi mereka yang merancang untuk menaik taraf kenderaan pada tahun ini.