NESCAFÉ Espresso Concentrate – Nikmati Kopi Sejuk Ala Kafe Di Rumah
Lina Rosli
Bagi and ayang gemar menikmati kopi tidak kira masa dan di mana jua, kini NESCAFÉ hadir dengan solusi terbaharu iaitu NESCAFÉ Espresso Concentrate. Ia merupakan varian baharu yang diperkenalkan khusus untuk penggemar kopi ala kafe yang ingin mendapatkan kopi dengan cara yang lebih mudah dan pantas.
Menurut NESCAFÉ, trend kopi sejuk semakin berkembang di peringkat global dengan 32% pengambilan kopi di luar rumah kini terdiri daripada kopi sejuk.
Segmen ini juga mencatat pertumbuhan sekitar 15% dalam tempoh empat tahun lalu, didorong oleh generasi muda yang lebih gemar minuman boleh disesuaikan mengikut cita rasa dan gaya hidup mereka sendiri.

Melalui pengenalan NESCAFÉ Espresso Concentrate, pengguna kini boleh menyediakan pelbagai jenis kopi sejuk hanya dengan konsep mudah “tuang, campur dan nikmati”. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan kopi berkualiti tanpa perlu menggunakan mesin kopi atau teknik penyediaan yang rumit.
Produk ini dihasilkan daripada gabungan biji kopi Arabica dan Robusta yang dipilih secara teliti bagi menghasilkan rasa kopi yang kaya, halus dan seimbang.
Menariknya, produk ini turut dihasilkan di kilang Nestlé Malaysia di Sri Muda, Shah Alam yang diperakui Halal serta menjadi lokasi pertama pengeluaran coffee concentrate Nestlé di Asia.

Setiap botol NESCAFÉ Espresso Concentrate mampu menyediakan sekitar 10 hingga 16 hidangan dan boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis minuman seperti latte ais, Americano ais, malah resipi lebih kreatif seperti strawberry latte atau campuran lemonade soda bersama kopi.
Bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna, rangkaian ini hadir dalam tiga varian utama iaitu Black, Sweet Vanilla dan Velvet Mocha.
Ketiga-tiga pilihan ini menawarkan profil rasa berbeza mengikut citarasa pengguna sama ada yang gemarkan kopi lebih pekat ataupun lebih manis dan berkrim.