Gusi Berdarah Bukan Satu Perkara Yang Normal

May 8, 2026
Kesihatan

Lina Rosli

Ramai menganggap gusi berdarah ketika memberus gigi adalah perkara biasa. Namun menurut SYSTEMA Malaysia, keadaan tersebut sebenarnya boleh menjadi tanda awal masalah kesihatan gusi yang sering berlaku secara senyap tanpa disedari.

Sempena sambutan World Gum Health Day 2026, SYSTEMA melancarkan kempen “Expert Care, Every Day” bagi menggalakkan rakyat Malaysia memberi perhatian lebih serius terhadap penjagaan gusi sebagai sebahagian penting dalam rutin kesihatan harian.

Menurut Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, Tomotaka Oka, ramai pengguna masih terlalu fokus kepada kebersihan gigi semata-mata tanpa menyedari bahawa kesihatan gusi memainkan peranan besar dalam kesihatan oral jangka panjang.

Beliau menjelaskan bahawa gusi berdarah bukan sekadar disebabkan memberus terlalu kuat, sebaliknya ia boleh menjadi tanda awal keradangan akibat bakteria di kawasan gusi.

Disebabkan masalah ini sering berlaku tanpa rasa sakit pada peringkat awal, ramai hanya menyedarinya apabila keadaan menjadi lebih serius.

Kempen ini turut menekankan kepentingan memilih produk penjagaan oral yang direka khusus untuk melindungi gusi. Berbeza dengan ubat gigi biasa, formula penjagaan gusi membantu menyasarkan bakteria di garisan gusi selain membantu mengurangkan iritasi awal.

Pandangan tersebut turut disokong oleh doktor pergigian dari AifDental Clinic, Dr. Arif Aizudin, yang menegaskan bahawa gusi sihat adalah asas kepada senyuman yang sihat. Beliau turut mengingatkan bahawa pendarahan gusi tidak sepatutnya dianggap normal dan penjagaan awal amat penting untuk mengelakkan masalah lebih serius pada masa hadapan.

Selain penjagaan melalui ubat gigi, SYSTEMA turut menekankan kepentingan penggunaan berus gigi yang sesuai.

Kawasan garisan gusi selalunya sukar dibersihkan sepenuhnya, terutama jika menggunakan berus gigi biasa.

Teknologi SlimTech yang digunakan SYSTEMA direka dengan kepala lebih kecil, leher fleksibel dan bulu berus halus bagi membantu membersihkan kawasan gusi dengan lebih efektif.

Bagi meningkatkan kesedaran awam, SYSTEMA akan mengadakan siri jerayawara di sekitar Kuala Lumpur termasuk di Mid Valley Megamall dari 4 hingga 10 Mei 2026 dan The Exchange TRX dari 20 hingga 24 Mei 2026.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd