ANESSA Hadir Dengan Rangkaian Produk Baharu Untuk Pelindung Matahari – Sesuai Untuk Kegunaan Harian

May 11, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

ANESSA memperkenalkan rangkaian produk pelindung matahari terbaharu mereka yang direka untuk kegunaan harian serta gaya hidup aktif, termasuk ketika berada di luar dalam tempoh yang lama.

Antara produk utama yang menjadi tumpuan ialah ANESSA Perfect UV Sunscreen Skincare Milk, yang turut dikenali sebagai varian Gold Milk. Produk ini menawarkan perlindungan SPF50+ PA++++ dengan tekstur ringan, tidak melekit dan selesa digunakan setiap hari.

Ia turut dilengkapi Auto Booster Technology yang membantu lapisan perlindungan UV menjadi lebih kuat apabila terdedah kepada haba, peluh, kelembapan dan air.

Selain itu, Auto Veil Technology membantu memastikan sapuan pelindung matahari kekal sekata walaupun ketika aktif bergerak.

Gold Milk juga diformulasikan dengan lebih 50% bahan penjagaan kulit serta mempunyai ciri water resistant yang sesuai digunakan untuk aktiviti luar.

Selain itu, ANESSA turut memperkenalkan ANESSA Perfect UV Sunscreen Skincare Gel yang hadir dengan tekstur ringan dan tidak melekit untuk kegunaan harian.

Produk ini menggunakan Auto Moisture Balancing Technology yang membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Ia turut mengandungi Super Hyaluronic Acid dan Collagen GL bagi memberikan rasa kulit lebih lembut dan segar selepas penggunaan.

Satu lagi produk baharu yang diperkenalkan ialah ANESSA Brightening UV Sunscreen Gel yang menawarkan kemasan lebih sekata dan berseri tanpa meninggalkan kesan putih pada kulit.

Produk ini menggunakan teknologi 3-in-1 Pearls untuk memberikan kesan tone-up segera selain mengandungi Double Tea Clear Essence dan M-tranexamic acid yang membantu menyerlahkan kulit serta mengurangkan penampilan tompok gelap secara beransur-ansur.

Melalui pelancaran ini, ANESSA terus memberi fokus terhadap produk perlindungan matahari yang bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran UV, malah turut menawarkan manfaat penjagaan kulit untuk kegunaan harian.

Rangkaian produk ANESSA kini boleh didapati di Watsons Malaysia, AEON Wellness, SASA Malaysia serta platform Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd