TK By Tyra Hadir Dengan Palet Pemerah Pipi Baharu – Tampil Dengan Warna Untuk Semua Tona Kulit

May 12, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

TK By Tyra kini hadir dengan Day To Date Palette – yang merupakan koleksi palet pemerah pipi baharu. Ia direka untuk melengkapkan gaya solekan harian dengan pilihan warna yang lebih versatil dan mudah digunakan.

Menerusi kempen pelancarannya, TK By Tyra menampilkan pelbagai gaya solekan pada tona kulit berbeza bagi memperlihatkan kesesuaian palet ini untuk pelbagai jenis pengguna. Pendekatan tersebut turut mencerminkan fokus jenama terhadap elemen inclusivity dan kecantikan yang lebih dekat dengan pengguna Asia Tenggara.

Kempen ini turut mengetengahkan konsep solekan feminin moden dengan gabungan gaya lembut, elegan dan glamor yang sesuai untuk kegunaan harian mahupun acara tertentu.

Menurut TK By Tyra, palet Day To Date turut dilengkapi pilihan pemerah pipi dan highlighter yang direka untuk melengkapkan solekan harian dengan kemasan lebih semula jadi dan berseri.

Antara warna yang ditampilkan termasuk Blushin’ Already, pemerah pipi berona petal pink yang sesuai untuk memberikan kesan segar pada wajah. Heart Racer pula hadir dengan tona rosewood yang lebih gelap untuk penampilan lebih berani, manakala Hot & Bothered menawarkan rona burnt peach bagi memberikan kesan hangat dan dimensi pada solekan.

Palet ini turut dilengkapi Glow Getter, highlighter rona soft pearl yang memberikan kemasan bersinar sebagai sentuhan akhir solekan.

Kesemua warna dalam palette ini dipilih khas untuk disesuaikan dengan pelbagai tona kulit rakyat Malaysia. Pengguna juga boleh menggunakan setiap warna secara individu atau menggabungkan beberapa tona sekali gus untuk menghasilkan gaya solekan yang berbeza mengikut kesesuaian dan cita rasa masing-masing.

Tyra Kamaruzzaman mengasaskan TK By Tyra sebagai jenama kecantikan tempatan yang menekankan nilai ekspresi diri dan keaslian dalam setiap produk yang dihasilkan.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk terbaru ini, Day To Date Palette telahpun mula dilancarkan menerusi platform rasmi TK By Tyra Shopee, TikTok Shop TK By Tyra serta ejen sah mereka yang dikenali sebagai TK Angels.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd