EON Melancarkan Perkhidmatan Kereta Sewa Budget

May 12, 2026
Automotif

Ikhwan Nazri

Sebagai negara yang mempunyai bilangan kenderaan paling tinggi di rantau ASEAN, Malaysia mempunyai pelbagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa.

Terbaru, Budget yang merupakan salah satu jenama dibawah AVIS telah dilancarkan di acara EON Autofest minggu lalu bagi menawarkan kereta sewa pada kadar yang lebih rendah.

Menerusi halaman rasmi Budget, anda boleh memilih untuk menyewa sama ada Proton Persona yang boleh memuatkan 5 penumpang, atau Mitsubishi Xpander yang boleh memuatkan 7 penumpang. Kedua-dua ini ditawarkan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding AVIS, bagi memenuhi kumpulan sasaran mereka.

Buat masa ini tempahan adalah menerusi laman web, dan akses aplikasi masih dalam perbincangan.

Buat masa ini anda boleh menyewa kereta Budget di pelbagai lokasi menarik dan juga di lapangan terbang popular seperti Lapangan Terbang Kota Bharu, Senai, Pulau Pinang dan juga di lokasi tarikan pelancong seperti di Kuantan dan Kota Bharu.

Bagi anda yang ingin ke destinasi tersebut, layari halaman rasmi Budget Malaysia untuk menempah sekarang.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd