NakNak Menawarkan Menu Hot Honey Butter Crunch Pada Tempoh Terhad

May 13, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

NakNak tampil dengan menu baharu edisi terhad iaitu siri Hot Honey Butter Crunch. Hidangan ini menggabungkan rasa honey butter bersama sentuhan rangup daripada minyak cili.

Menurut NakNak, pengenalan siri adalah inspirasi daripada gabungan makanan harian dengan elemen rasa pedas yang semakin popular dalam hidangan moden berinspirasikan Korea.

Menu terbaharu ini mengetengahkan kombinasi rasa manis, berempah dan sedikit pedas dalam setiap hidangan. Gabungan honey butter yang kaya bersama minyak cili rangup memberikan rasa yang seimbang dan menjadikan setiap menu tampil lebih unik berbanding hidangan biasa.

Antara menu utama yang diperkenalkan ialah Hot Honey Butter Crunch Nak Dak Burger yang ditawarkan bermula dari RM18.50. Burger ini menggunakan paha ayam rangup bersama jeruk, keju, parmesan, sos honey butter dan minyak cili yang disatukan dalam roti lembut bakar.

Bagi mereka yang lebih gemarkan pilihan tanpa pedas, Honey Butter Crunch Nak Dak Burger turut tersedia pada harga yang sama.

Bagi penggemar burger daging lembu pula, Hot Honey Butter Crunch Beef Burger ditawarkan bermula dari RM23.50. Ia menggunakan patti daging lembu premium 100% bersama gabungan sos honey butter dan minyak cili yang memberikan rasa lebih kaya dan memuaskan.

Selain burger, Honey Butter Crunch Nak Dak turut diperkenalkan untuk mereka yang ingin menikmati hidangan ayam goreng tanpa tulang. Menu ini hadir dengan salutan glaze honey butter bersama taburan parmesan dan boleh didapati bermula dari RM17.90. Versi pedas iaitu Hot Honey Butter Crunch Nak Dak juga ditawarkan pada harga yang sama.

Melengkapkan siri ini ialah Loaded Honey Butter Crunch Fries yang dijual bermula RM8.90. Kentang goreng ini digabungkan bersama sos honey butter dan parmesan, sesuai dijadikan snek atau dikongsi bersama rakan.

Bagi yang berminat, siri Hot Honey Butter Crunch ini ditawarkan untuk tempoh terhad di semua cawangan seluruh negara– menawarkan pilihan makan di kedai atau bawa pulang.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd