Skechers Buka Butik Mega Terbesar Di Melaka, Lengkap Dengan Kafe KOI Thé Pertama Dalam Kedai

May 18, 2026
Pusat Beli-Belah

Lina Rosli

Skechers kini membuka butik mega kendiri pertama mereka di Melaka yang juga menjadi cawangan terbesar Skechers di negeri tersebut. Lokasi bagi butik kendiri ini terletak di Tarcor Park – yang mana ia hadir dengan konsep premium outlet dan pengalaman membeli-belah yang lebih moden serta interaktif.

Dengan keluasan mencecah 16,592 kaki persegi, Skechers Tarcor Park menjadi antara lokasi terbesar jenama itu di Malaysia dengan pelbagai koleksi kasut, pakaian, dan aksesori dihimpunkan di bawah satu bumbung.

Apa yang menarik, butik mega ini bukan sekadar ruang membeli-belah biasa. Skechers turut memperkenalkan konsep gaya hidup moden yang menggabungkan elemen fesyen, keselesaan, dan budaya kafe dalam satu lokasi.

Butik ini direka dengan konsep minimalis moden yang mengetengahkan ruang terbuka, susun atur lebih luas, dan penggunaan tona neutral bersama warna biru ikonik Skechers. Reka bentuk ini memudahkan pelanggan meneroka pelbagai koleksi sama ada untuk gaya hidup harian mahupun aktiviti sukan.

Antara koleksi yang menjadi tumpuan termasuk siri Hands Free Slip-ins yang direka untuk pemakaian lebih mudah tanpa perlu menggunakan tangan, selain koleksi Foamies yang terkenal dengan reka bentuk ringan dan selesa untuk kegunaan harian.

Skechers turut menawarkan pilihan kasut prestasi dan gaya hidup untuk lelaki, wanita, dan kanak-kanak bersama pelbagai pilihan pakaian dan aksesori.

Dalam masa sama, Skechers turut mencipta satu kolaborasi global pertama bersama KOI Thé menerusi pembukaan cawangan KOI Thé di dalam butik mega tersebut. Ia merupakan kali pertama Skechers dan KOI Thé bergabung dalam satu ruang runcit yang sama.

Konsep kafe ini diinspirasikan daripada kotak kasut biru ikonik Skechers dan tampil dengan rekaan moden menggunakan panel kaca berwarna biru serta ruang yang terang dan lebih Instagrammable. Pengunjung boleh membeli-belah sambil menikmati minuman dan pencuci mulut dalam suasana yang lebih santai.

Ruang untuk menikmati minuman yang disediakan juga dilihat luas dan mencukupi.

Menurut Zann Lee, pembukaan butik mega kendiri pertama ini menjadi antara pencapaian penting buat Skechers di Malaysia.

Ruang kedai yang lebih besar membolehkan Skechers menawarkan lebih banyak pilihan produk gaya hidup dan prestasi pada harga yang lebih berpatutan, sekaligus menjadikan teknologi keselesaan Skechers lebih mudah diakses oleh pengguna.

Dengan konsep premium outlet, pilihan produk yang lebih luas, dan pengalaman membeli-belah berasaskan gaya hidup, Skechers Tarcor Park dilihat membawa satu pendekatan baharu untuk pengalaman runcit moden di Melaka.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd