ZUS COFFEE Melancarkan ZUS BUDDY: Work in Progress – Koleksi Patung Kenit Yang Meraikan Perjalanan Menjadi Dewasa

June 10, 2026
Kopi

Lina Rosli

Pernahkah anda berada di dalam situasi yang masih mencuba untuk memahami kehidupan walaupun sudah bekerja dan memikul pelbagai tanggungjawab? Jika ya, pasti anda akan teruja dengan idea yang dibawa oleh ZUS COFFEE menerusi kempen terbaharunya, ZUS BUDDY: Work in Progress.

Kempen serantau ini hadir dengan mesej yang cukup dekat dengan realiti ramai orang hari ini – bahawa proses pembelajaran, perkembangan diri dan pencarian hala tuju tidak pernah benar-benar berhenti. Tidak kira sama ada dalam kerjaya, kehidupan peribadi atau impian yang masih ingin dicapai, setiap orang sebenarnya sedang melalui proses masing-masing.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan ZUS COFFEE, Venon Tian, perkembangan diri bukanlah sesuatu yang berlaku secara linear dan setiap individu mempunyai perjalanan yang berbeza.

Beliau berkata pengalaman belajar dan menyesuaikan diri dengan kehidupan adalah sesuatu yang dikongsi oleh ramai orang, sama ada dalam aspek peribadi mahupun profesional. Atas sebab itu, ZUS COFFEE mahu mengetengahkan mesej bahawa tidak mengapa jika seseorang itu masih sedang mencari rentak dan membina diri.

Bersempena kempen ini, ZUS COFFEE turut memperkenalkan Kinda Adult Meal, satu set menu eksklusif yang diinspirasikan daripada konsep hidangan kanak-kanak tetapi disesuaikan untuk golongan dewasa.

Setiap set didatangkan dengan satu minuman, satu menu makanan baharu serta satu figurine koleksi eksklusif ZUS BUDDY: Work in Progress. Konsep ini memberi sentuhan nostalgia sambil mengingatkan bahawa walaupun sudah dewasa, masih ada ruang untuk menikmati perkara-perkara kecil yang menyeronokkan dalam kehidupan.

Sebagai tarikan utama kempen, ZUS COFFEE turut melancarkan siri patung kenit (figurine) edisi terhad ZUS BUDDY: Work in Progress yang mula diperkenalkan di Malaysia, Singapura, Filipina, Brunei dan Thailand bermula 3 Jun 2026.

Koleksi ini menampilkan watak-watak ZUS BUDDY yang sudah dikenali ramai seperti Blue Buddy, Pinky Boo, Frappe Fren, Bean Boss, Choco Chipster dan Porta Pal dalam pelbagai situasi yang menggambarkan kehidupan dan cabaran dunia pekerjaan moden.

Setiap patung kenit ini direka berdasarkan emosi serta pengalaman yang sering dilalui oleh golongan bekerja, menjadikannya lebih dekat dan mudah dikaitkan dengan kehidupan harian ramai individu.

Menambahkan lagi elemen kejutan kepada koleksi ini ialah kehadiran dua watak rahsia baharu iaitu Zen Cha dan Mama Puff yang boleh ditemui oleh peminat sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Selain itu, terdapat juga karakter eksklusif Grab Buddy yang hanya boleh diperoleh menerusi pesanan yang dibuat melalui aplikasi GrabFood.

Untuk mendapatkan koleksi patung kenit ini, pelanggan hanya perlu membeli minuman handcrafted ZUS COFFEE, tidak termasuk minuman frappe. Maklumat lanjut mengenai promosi dan mekanisme penebusan boleh didapati menerusi platform media sosial rasmi ZUS COFFEE.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd