KLIMS 2026: SAIC Motor Malaysia Memperkenalkan MG ZS CKD & Debut Sub-Jenama Premium ‘IM’

June 11, 2026
Automotif

Lina Rosli

Di acara KL International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) nampaknya meriah dengan pelbagai kejutan industri automotif.

Antara yang mencuri tumpuan ialah SAIC Motor Malaysia yang secara rasmi mendedahkan spesifikasi tempatan (CKD) untuk SUV kompak terbaharu mereka, MG ZS.

Bukan itu sahaja, mereka turut membuat kejutan dengan membawa masuk sub-jenama elektrik premium mereka, IM (Intelligence in Motion), buat pertama kali ke pasaran tempatan.

MG ZS – SUV Segmen-B Paling Laju & Luas?

Menurut jenama ini, MG ZS bakal ditawarkan dalam dua varian, iaitu LUX Hybrid+ dan LUX Turbo —yang mana varian Turbo akan menyusul kemudian.

Menariknya, model pemasangan tempatan ini hadir dengan reka bentuk luaran yang lebih sporty seperti lampu hadapan Connected Hunter Eyes dan rim aloi 18-inci.

Antara spesifikasi menarik MG ZS Hybrid+:

  • Enjin: 1.5L NA + Motor Elektrik 100kW (Kuasa gabungan 158kW / tork 465Nm).
  • Prestasi: 0–100 km/j dalam masa 8.7 saat.
  • Jarak Pemanduan sehingga 870km dengan satu tangki penuh (41 liter).
  • Kabin & Storan: Ruang but sebesar 443 liter —turut boleh dibesarkan ke 1,457 liter.
  • Skrin inforia 12.3-inci.
  • Teknologi diperkenalkan termasuklah MG PILOT (ADAS 2.5) dan kawalan aplikasi telefon pintar MG iSMART.

Bagi yang ingin pra-tempah, MG menawarkan promosi yuran RM99, selain turut memberikan rebat RM,3000 serta penyelenggaraan percuma selama 3 tahun.

Debut IM6: SUV Elektrik Pintar Segmen-D

Bagi peminat EV premium, kehadiran sub-jenama IM pastinya mengujakan.

Model IM6 telah dipertontonkan sebagai SUV pintar elektrik sepenuhnya yang memfokuskan kepada kemewahan masa hadapan.

Model ini mempunyai saiz yang besar (4,904mm panjang), dilengkapi bumbung kaca panoramik, serta janaan kuasa 572kW dan tork 802Nm.

Jarak pemanduannya juga tidak mengecewakan, mampu mencecah sehingga 600km (WLTP).

Promosi MGS5 EV & Aktiviti Menarik di KLIMS 2026

Selain pameran model-model hebat seperti MG HS Hybrid+ dan Cyberster, SAIC Motor turut menawarkan promosi khas untuk MGS5 EV (Harga bermula dari RM116,900):

  • Rebat segera RM7,000.
  • Wall Box 7kW percuma (bernilai RM2,000).
  • Kredit pengecasan bernilai RM1,000.

Buat pengunjung yang singgah ke reruai MG dari 12 hingga 21 Jun 2026, anda boleh memandu uji MG ZS Hybrid+ atau MGS5 EV.

Bukan itu sahaja, MG turut hadir dengan pertunjukan fesyen catwalk berkebaya setiap dua jam sebagai tanda penghargaan kepada warisan budaya Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd