Lapisan Pâtisserie Hadir Dengan Pastri Baharu Bertemakan Laici Dan Earl Grey
Lina Rosli
Lapisan Pâtisserie tampil dengan dua pilihan pastri baharu yang bukan sahaja menarik dari segi rupa, malah menawarkan gabungan rasa yang unik untuk dinikmati pada pelbagai acara istimewa termasuk sambutan Hari Bapa.
Antara yang diperkenalkan ialah Lychee St. Honoré pada harga RM18, diinspirasikan daripada pastri klasik Perancis St. Honoré tetapi diberikan sentuhan lebih segar dengan penggunaan buah laici.

Pastri ini dihiasi dengan krim laici yang lembut bersama potongan buah laici segar di atas asas feuilletine yang rangup dan mentega, menghasilkan keseimbangan rasa manis beraroma serta tekstur yang memuaskan.
Bagi penggemar teh, Earl Grey Cube yang turut dijual pada harga RM18 bakal mula ditawarkan bermula 15 Jun. Pastri berbentuk kiub ini menggabungkan mousse teh Earl Grey yang ringan dengan lapisan krim oren dan kek span badam di atas crumble yang lembut.

Kemasan berwarna emas bersama hiasan misai menjadikannya pilihan yang sesuai untuk meraikan Hari Bapa dengan sesuatu yang berbeza.
Selain pastri, Lapisan Pâtisserie turut memperkenalkan siri minuman baharu bagi melengkapkan pengalaman menikmati pencuci mulut mereka. Siri Refreshing menampilkan Peach Jasmine Fizz dan Lychee Jasmine Cooler, masing-masing berharga RM11, dengan gabungan rasa buah-buahan dan bunga yang menyegarkan.
Bagi mereka yang lebih menggemari kopi berasaskan susu, siri Latte pula menawarkan Gula Melaka Latte, Caramel Latte dan Hazelnut Latte dengan harga bermula RM12. Pilihan ini memberikan variasi rasa daripada sentuhan tempatan berasaskan gula Melaka dan pandan hinggalah profil rasa klasik seperti karamel dan hazelnut.
Dengan penambahan menu baharu ini, Lapisan Pâtisserie terus memperluaskan pilihan pastri dan minuman mereka untuk pelanggan yang ingin menikmati hidangan premium sama ada ketika meraikan sambutan bersama insan tersayang atau sekadar memanjakan diri dengan pencuci mulut yang menarik.